awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengakap Malaysia anjur program nasional dan antarabangsa pada 2026
Semangat kerjasama, kebersamaan bantu Malaysia mendepani pelbagai cabaran ekonomi - Fadillah
CP500 dikeluarkan berdasarkan pelaporan pembayar cukai dalam BNCP - LHDN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Insiden bot karam: Satu lagi mayat ditemukan di perairan Langkawi

Bernama
Bernama
15/11/2025
23:00 MYT
Insiden bot karam: Satu lagi mayat ditemukan di perairan Langkawi
Mayat berkenaan dibawa ke jeti APMM sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. - Foto Facebook/Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
ALOR SETAR: Satu lagi mayat mangsa bot karam di perairan Langkawi ditemukan pada Sabtu menjadikan jumlah yang maut meningkat kepada 29 orang manakala 14 lagi selamat.

Ringkasan AI
  • Mayat mangsa bot karam di Langkawi bertambah; 29 maut, 14 selamat.
  • Operasi mencari dan menyelamat sambung hari ketujuh.
  • APMM dan agensi lain komited dalam operasi; 33.86 batu nautika persegi diterokai.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kedah dan Perlis Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa berkata pihaknya menerima aduan daripada orang awam berhubung penemuan mayat lelaki terdampar di Pulau Singa Besar.
"Susulan laporan itu, bot Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah diatur gerak ke lokasi untuk mengambil mayat berkenaan dan dibawa ke jeti APMM sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan semalam.
Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat yang memasuki hari ketujuh semalam telah disambung semula pada 7.30 pagi meliputi sektor pencarian seluas 33.86 batu nautika persegi dengan pengoperasian empat aset.
Aset terlibat, katanya adalah daripada APMM, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Pasukan Polis Marin (PPM) bagi mengoptimumkan penggunaan sumber manakala aset agensi lain pula berada dalam keadaan siap siaga bagi membantu apabila diperlukan.
"APMM bersama semua agensi penyelamat terus komited melaksanakan operasi itu sehingga keseluruhan kawasan pencarian diterokai sepenuhnya.
"Sepanjang pencarian enam hari sebelum ini, keluasan sektor pencarian adalah 1,355.15 batu nautika persegi," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bot karam
#mayat
#APMM
#Pulau Singa Besar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami