awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penggunaan, penjimatan Pas My50 boleh diketahui menerusi penjejak - Loke
Objek disyaki bom ditemui di terminal bas Pattani
Pemandu bas sekolah direman disyaki terlibat gangguan seksual pelajar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Insiden buli UPNM: Kementerian Pertahanan tambah jumlah warden pantau pelajar

Bernama
Bernama
07/11/2024
07:34 MYT
Insiden buli UPNM: Kementerian Pertahanan tambah jumlah warden pantau pelajar
Adly berkata pihak kementerian tidak akan bertolak ansur dengan sebarang insiden buli yang berlaku di UPNM. - Gambar fail/BERNAMA
MELAKA: Kementerian Pertahanan mengambil beberapa langkah dan peraturan dalam usaha membendung insiden buli sehingga mengakibatkan kecederaan atau kematian dalam kalangan pelajar di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) daripada berulang, pada masa hadapan.
Timbalannya Adly Zahari berkata antara penambahbaikan yang dilakukan ialah kawalan keselamatan dengan meningkatkan jumlah warden yang menjaga pelajar, agar lebih banyak tumpuan dapat diberikan kepada mereka.
"Kita tidak menerima kes buli yang berlaku dalam institusi pengajian tinggi dan kita tahu bahawa ia (buli) boleh berlaku antara pelajar dengan pelajar atau antara pelajar dengan pihak lain, tetapi kalau kita lihat dalam kes-kes sebelum ini, ia berlaku antara pelajar dengan pelajar.
"Jadi, di peringkat Kementerian Pertahanan, kita telah bincangkan dari awal lagi dalam kes sebelumnya bahawa, kita perlu tingkatkan hubungan antara warden dan pelajar dengan menambah bilangan warden," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Pertandingan e-Sukan Sekolah Dalam Kem (SDK) Angkatan Tentera Malaysia (ATM), di Sekolah Menengah Kem Terendak di sini hari ini.
Adly berkata pihak kementerian tidak akan bertolak ansur dengan sebarang insiden buli yang berlaku di UPNM dan tindakan sewajarnya akan diambil mengikut peraturan yang ditetapkan.
Beliau berkata bagaimanapun sekiranya terdapat laporan polis dibuat, ruang kerjasama akan diberikan sepenuhnya bagi membantu siasatan berdasarkan undang-undang.
ATM dalam kenyataan sebelum ini memaklumkan sedang menyiasat kes seorang pegawai kadet ALK-UPNM yang dibuli senior menggunakan seterika yang ditekap pada bahagian dada sehingga meninggalkan kesan lecur seperti yang tular dalam media sosial.
Difahamkan, perbuatan itu terbongkar selepas pemeriksaan berkala dijalankan jurulatih bertugas ketika itu, selepas menyedari kesan kecederaan pada tubuh mangsa.
Terdahulu, Pertandingan e-Sukan SDK ATM bertujuan memperkasakan pendidikan sukan elektronik bagi anak-anak warga kerja pertahanan, serta memupuk bakat dan minat dalam bidang berkenaan yang semakin berkembang pesat.
Program itu juga bertujuan memberikan pendedahan kepada ekosistem baharu melalui pameran industri dengan bantuan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan, Esports Integrated (ESI) dan Games Bond International Sdn Bhd, serta berkeupayaan menampilkan atlet e-Sukan di peringkat kebangsaan.
Pertandingan berlangsung selama dua hari bermula semalam itu, melibatkan 32 kumpulandengan jumlah penyertaan sebanyak 128 pelajar tingkatan satu hingga empat dan jenis e-Sukan Player Unknown's Battlegrounds (PUBG Mobile).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#insiden buli UPNM
#Kementerian Pertahanan
#Adly Zahari
#tambah warden
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan