Objek disyaki bom ditemui di terminal bas Pattani

Susulan penemuan, Pasukan Pemusnah Bom (EOD) bersama unit anjing pengesan dikerahkan serta‑merta, manakala kawasan terminal dikosongkan dan dikawal ketat bagi memastikan keselamatan awam. -Gambar fail/Google Maps
PATTANI: Sebuah objek disyaki bom buatan sendiri ditemui di kawasan tandas wanita di Terminal Bas Pattani pagi tadi, menjadikan kejadian itu insiden ketiga dalam tempoh tiga hari di wilayah bergolak selatan Thailand.
Ringkasan AI
- Objek disyaki bom buatan sendiri ditemui di kawasan tandas wanita di Terminal Bas Pattani, insiden ketiga dalam tiga hari di selatan Thailand.
- Pasukan Pemusnah Bom (EOD) dan anjing pengesan dikerahkan, kawasan terminal dikosongkan dan dikawal ketat bagi keselamatan awam.
- Peranti bom dipercayai dipasang oleh kumpulan insurgensi menjelang Ramadan, kesan ketakutan di kalangan masyarakat selatan Thailand.
Polis turut meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengenal pasti individu yang meletakkannya.
Sebelum kejadian ini, tiga peranti disyaki bom ditemui di dua stesen minyak pada 3 dan 4 Februari.
Satu daripadanya berjaya dinyahaktifkan, manakala satu lagi meletup ketika kerja pelupusan dilakukan, mencederakan seorang anggota EOD.
Peranti tersebut dipercayai jenis “trap bomb”, iaitu alat masa berskala kecil dalam beg zip‑lock yang direka bertujuan mencederakan pihak bertindak balas di lokasi.
Salah satu peranti yang dimatikan didapati ditetapkan untuk meletup pada 14 Februari, menunjukkan penggunaan taktik pengeboman bermasa yang mempunyai persamaan dengan beberapa siri serangan terdahulu di Pattani dan wilayah sekitarnya.
Pada 11 Januari lalu, sebanyak 11 stesen minyak di Narathiwat, Pattani dan Yala turut menjadi sasaran letupan yang mencederakan empat mangsa — insiden yang disifatkan tentera sebagai sebahagian daripada ancaman insurgensi berterusan di selatan Thailand.
Pihak berkuasa kini memperketat kawalan keselamatan di terminal bas, stesen minyak dan lokasi tumpuan awam di seluruh Pattani, selain meneruskan operasi mengesan dalang rangkaian yang dipercayai bertanggungjawab terhadap siri insiden berkenaan.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah objek yang disyaki bom buatan sendiri yang ditemui di Terminal Bas Pattani? A: Objek yang disyaki bom buatan sendiri ditemui di kawasan tandas wanita di Terminal Bas Pattani.
- Q: Siapakah yang dipercayai memasang peranti bom tersebut di Terminal Bas Pattani? A: Peranti bom tersebut dipercayai dipasang oleh kumpulan insurgensi yang aktif menjelang Ramadan.
- Q: Bagaimanakah tindakan yang diambil selepas penemuan objek disyaki bom di Terminal Bas Pattani? A: Pasukan Pemusnah Bom (EOD) bersama unit anjing pengesan dikerahkan, kawasan terminal dikosongkan, dan polis turut meneliti rakaman CCTV.
- Q: Apa yang berlaku kepada tiga peranti disyaki bom sebelum kejadian di Terminal Bas Pattani? A: Satu peranti bom berjaya dinyahaktifkan, satu meletup ketika kerja pelupusan dilakukan dan mencederakan seorang anggota EOD, dan satu lagi ditemui di dua stesen minyak pada 3 dan 4 Februari sebelum kejadian di Terminal Bas Pattani.
- Q: Mengapa pihak berkuasa memperketat kawalan keselamatan di terminal bas, stesen minyak, dan lokasi tumpuan awam di seluruh Pattani? A: Pihak berkuasa memperketat kawalan keselamatan kerana siri insiden bom yang berterusan di wilayah selatan Thailand.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

