awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga maut, empat cedera dalam dua nahas berasingan di Batu Gajah, Lenggong
Cuaca sejuk melampau di New York City ragut 18 nyawa
SpaceX lancar kumpulan baharu satelit Starlink
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Insiden Dayang Topaz: Siasatan sedang berjalan - Petronas

Bernama
Bernama
27/10/2020
13:04 MYT
Insiden Dayang Topaz: Siasatan sedang berjalan - Petronas
Petronas menyatakan kesemua pihak berkuasa berkaitan telahpun dimaklumkan mengenai kejadian tersebut.
KUALA LUMPUR:Petronas hari ini menyatakan siasatan mengenai insiden melibatkan sebuah kapal yang terlanggar struktur platform di Minyak Baram, 14 batu nautika dari Miri pada 6.23 pagi tadi sedang dijalankan.
Syarikat itu dalam satu kenyataan hari ini menyatakan kesemua pihak berkuasa berkaitan telahpun dimaklumkan mengenai kejadian tersebut.
"Keutamaan kami ialah keselamatan kesemua anak kapal terlibat. Pada masa yang sama, kami akan memastikan bekalan gas mencukupi kepada pengguna jika berlaku sebarang gangguan dalam bekalan gas.
"Petronas amat sedih terhadap insiden yang berlaku dan kami ingin mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka yang maut," menurut kenyataan itu.
Terdahulu, kapal MV Dayang Topaz, dimiliki DESB Marine Services sedang melakukan kerja-kerja operasi di platform Minyak Baram untuk Petronas Carigali Sdn Bhd, apabila ia melanggar platform tersebut selepas kabel sauhnya terputus dalam keadaan cuaca buruk.
Kenyataan itu turut menyatakan terdapat 187 anak kapal berada di atas kapal MV Dayang Topaz pada masa tersebut, dan akibat insiden itu 125 daripadanya telah terjun ke laut bagi menyelamatkan diri.
Anak kapal tersebut kemudiannya telah diselamatkan dan dibawa ke Miri.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Petronas
#Miri
#siasatan
#keselamatan
#MV Dayang Topaz
#platform
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan