Timbalan Menteri Dalam Negeri Mohd Azis Jamman menyifatkan kekecohan yang berlaku di kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Putra Heights, Subang Jaya, awal pagi Isnin, sebagai tindakan ganas.
Beliau yang berada di Menara MCT pada awal pagi ini bagi meninjau situasi semasa di lokasi kejadian berkata, kejadian itu melampaui batas.
"Perkara ini akan menjadi lebih teruk sekiranya ia berterusan. Kita perlu meredakan keadaan.
"Ini bukan soal agama atau bangsa, tetapi ini masalah antara pihak kuil dan pihak pemaju," kata Mohd Azis.
Menara MCT menempatkan pejabat pemaju One City Development Sdn Bhd (One City), pemilik tapak kuil berkenaan.
Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi Isnin, puluhan individu berkumpul dan merusuh di kawasan tapak kuil sebelum tercetus pergaduhan antara dua kumpulan sehingga dilaporkan 18 kenderaan dan beberapa motosikal dibakar.
Pada 28 Sept lepas, Mahkamah Tinggi Shah Alam mengeluarkan notis pengosongan yang mengarahkan pentadbir kuil itu mengosongkan tapak itu sebelum 15 Okt lalu.
Dalam penghakiman persetujuan, One City bersetuju mendepositkan wang RM1.5 juta kepada pihak kuil, manakala kerajaan negeri menyerahkan tanah untuk tujuan pemindahan kuil tersebut.
Tanah seluas satu ekar (kira-kira 0.4 hektar) itu terletak kira-kira 3 kilometer dari lokasi asal kuil.
Astro Awani
Mon Nov 26 2018
Mohd Azis (dua kiri) ditemui di Menara MCT yang menempatkan pejabat One City pada awal pagi ini. - Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Euro 2020: Penyokong bertindak ganas, 49 ditahan, 19 anggota polis cedera
Polis Met berkata 49 orang telah ditahan ketika aksi final dan 19 pegawai telah mengalami kecederaan.
Sekatan ekonomi, undang-undang, politik: Tiga cara untuk menekan Israel
Meskipun tugas itu tidak mudah namun ia bukanlah mustahil untuk membuat Israel tunduk dengan tekanan daripada negara lain.
Penunjuk perasaan anti rampasan kuasa Myanmar berlindung di masjid
Penunjuk perasaan anti rampasan kuasa tentera menyelamatkan diri selepas pihak berkuasa melepaskan gas pemedih mata di Yangon.
Akta Gangguan Seksual perlu dibentang, diluluskan segera - NOW
NOW gesa kerajaan segera bentangkan Rang Undang-undang berkaitan Akta Gangguan Seksual agar ia dapat diguna pakai secepat mungkin dalam melindungi kaum wanita.
Orang ramai diminta tidak menjerat babi hutan elak ia bertindak ganas
Sesiapa yang mengesan kehadiran babi hutan di sesuatu kawasan perlu membuat aduan kepada pihaknya untuk tindakan lanjut.
Tuchel kecewa reaksi ganas PSG selepas tewas
Tuchel enggan memperbesarkan kekalahan itu walaupun PSG membuka kempen 2020-21 dengan dua kekalahan berturut-turut.
Tunjuk perasaan bertukar ganas di Wisconsin, dua terbunuh
Pergolakan tercetus di bandar raya Lake Michigan yang mempunyai 100,000 penduduk sejak Ahad, apabila polis menembak Jacob Blake, 29 tahun, di belakang, dari jarak dekat.
Gajah liar mengganas musnahkan ladang, penduduk dakwa rugi setengah juta
Abdullah berkata pelbagai usaha dilakukan penduduk bagi menghalau gajah terbabit termasuk memasang pagar dawai elektrik, namun tidak memberi kesan kepada haiwan itu.
Beruang matahari ceroboh kampung, penduduk bimbang keselamatan keluarga
Penduduk yang sebelum ini tidak pernah diganggu haiwan liar yang ganas sejak tinggal di penempatan itu, mengakui kehidupan mereka agak terjejas sejak kebelakangan ini.
Bandar-bandar utama di AS berdepan bantahan ganas
Bandar-bandar utama di Amerika Syarikat (AS) berdepan dengan bantahan ganas oleh ribuan penunjuk perasaan yang marah dengan kekerasan dilakukan polis sehingga membawa kepada kematian George Floyd.