awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Insiden khianat api di rumah Ngeh: Polis telah rakam keterangan tujuh saksi

Bernama
Bernama
11/01/2024
04:58 MYT
Insiden khianat api di rumah Ngeh: Polis telah rakam keterangan tujuh saksi
Rumah Ngeh dipercayai dilontar dengan 'molotov cocktail' menyebabkan kebakaran yang memusnahkan sebuah kereta miliknya, manakala dua kenderaan lagi mengalami kerosakan.- Gambar fail/Astro AWANI
IPOH: Polis telah mendapatkan keterangan dari tujuh individu berhubung kes khianat api di kediaman Ahli Parlimen Beruas Datuk Ngeh Koo Ham di Taman Semarak Jaya, Ayer Tawar, awal pagi semalam.
Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata tiada tangkapan dibuat setakat ini.
"Polis juga memantau dan meningkatkan rondaan di kawasan kediaman Ahli Parlimen itu," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Dalam kejadian awal pagi semalam, rumah Ngeh dipercayai dilontar dengan 'molotov cocktail' menyebabkan kebakaran yang memusnahkan sebuah kereta miliknya, manakala dua kenderaan lagi mengalami kerosakan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan (khianat dengan api).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes khianat api
#Ngeh Koo Ham
#polis perak
#saksi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan