KUALA LUMPUR: Kerja-kerja pengalihan kren gantri di projek Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Klang (SUKE) akan mengambil masa selama seminggu.
Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) dalam satu kenyataan memaklumkan, kerja-kerja pengalihan itu mengambil kira tahap keselamatan penduduk sekitar dan pekerja pembinaan terlibat.
Menurut Prolintas, kerja-kerja itu telah melibatkan Projek Lintasan Sungai Besi-Ulu Klang Sdn. Bhd. bersama kontraktor terlibat iaitu Syarikat Muhibbah Perniagaan dan Pembinaan Sdn. Bhd (SMPP).
BACA: Insiden kren SUKE: Kerja pengalihan kren gantri bermula - Prolintas
"Kerja-kerja pengalihan ini rumit, di mana kren gantri terlibat akan dipotong kepada beberapa bahagian sebelum dibawa turun.
"Enam unit kren akan digunakan untuk kerja-kerja pengalihan ini dan ia telah mendapat kelulusan dari jurutera perunding seliaan dan pihak berwajib," memetik kenyataan tersebut.
Selain itu, SUKE dan SMPP turut bekerjasama dengan jurutera perunding professional, pihak berkuasa seperti Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan (JKKP) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB).
"Untuk rekod, kerja-kerja pengalihan kren gantri ini dijalankan setelah selesai kerja-kerja fasa pertama iaitu penstabilan struktur rasuk dan kren gantri yang terlibat dijalankan," menurut kenyataan itu.
BACA: Insiden kren SUKE: Akses baharu, khidmat van disediakan kepada penduduk terjejas
Projek SUKE yang bermula pada 29 Ogos 2016 sehingga kini telah mencapai kemajuan sebanyak 88.8 peratus dijadualkan siap pada akhir 2021.
Pada 22 Mac lalu, tiga pekerja warga China maut manakala seorang pemandu tempatan cedera parah berikutan kejadian satu daripada komponen kren gantri terjatuh di tapak pembinaan lebuh raya berkenaan.
BACA: Tragedi kren SUKE: Prolintas patuh arahan LLM lantik juruadit bebas
Astro Awani
Sat Apr 03 2021
Kerja-kerja pengalihan itu mengambil kira tahap keselamatan penduduk sekitar dan pekerja pembinaan terlibat. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Tragedi kren SUKE: NIOSH lakukan kajian terperinci
NIOSH akan menjalankan kajian terperinci bagi mengetahui punca insiden kren gantri yang terjatuh di tapak pembinaan Lebuh raya SUKE yang mengorbankan tiga nyawa, semalam.
Konkrit hempap kereta: CIDB siasat tiga aspek utama
Tiga aspek itu melibatkan kaedah pembinaan, kualiti bahan binaan dan kemahiran serta akreditasi pekerja mahir terlibat.
Projek bina SUKE dibantah kerana terokai hutan simpan
Lebuhraya SUKE sepanjang 24.4 kilometer itu, bermula dari Sri Petaling, melalui Sungai Besi,sebelum keluar di Hulu Kelang.
'Bincang dahulu sebelum bantah SUKE', nasihat kepada Penduduk Ampang
Penduduk Pekan Ampang diminta tidak membuat demonstrasi untuk membantah pembinaan Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Klang (SUKE).