awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
LHDN kesan RM1.4 bilion pendapatan tidak dilapor hasil semakan e-Invois
Ahli Parlimen Filipina pertimbang usul pemecatan terhadap Presiden Marcos
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Insiden kren SUKE: Kerja pengalihan kren gantri bermula - Prolintas

Astro Awani
Astro Awani
28/03/2021
08:20 MYT
Insiden kren SUKE: Kerja pengalihan kren gantri bermula - Prolintas
Dijangkakan kedua-dua fasa kerja ini akan mengambil masa selama dua minggu. - Foto Astro AWANI\Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Susulan insiden komponen kren gantri terjatuh di tapak pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi Ulu-Klang Expressway (SUKE) Isnin lalu, fasa pertama kerja-kerja pengalihan struktur kren gantri serta pembaikan di tapak kejadian telah dimulakan oleh Projek Lintasan Sungai Besi-Ulu Klang Sdn. Bhd (Prolintas).
Prolintas dalam kenyataannya memaklumkan, ia merangkumi dua fasa iaitu penstabilan struktur rasuk lebuh raya dengan perkembangan setakat ini ialah sekitar 60 peratus.
"Setelah selesai kerja penstabilan struktur, kerja-kerja pengalihan kren gantri akan segera dijalankan.
"Dijangkakan kedua-dua fasa kerja ini akan mengambil masa selama dua minggu.
"Proses pengalihan dan pembaikan ini adalah rumit berikutan terdapat beberapa aspek seperti proses teknikal, kaedah kerja, cuaca dan keselamatan penduduk sekitar dan pekerja pembinaan serta keadaan sktruktur yang perlu diambil kira.
"Dalam menyelesaikan kerja-kerja pengalihan ini, SUKE bekerjasama dengan jurutera perunding profesional, pihak berkuasa seperti Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), JKKP dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB)," kenyataan itu menyebut.
Pada Isnin, tiga pekerja warga China maut manakala seorang pemandu tempatan cedera parah berikutan kejadian satu daripada komponen kren gantri terjatuh di tapak pembinaan lebuh raya berkenaan.
Tragedi SUKE | Mayat terakhir berjaya dikeluarkan
BACA: Tragedi kren SUKE: Punca kejadian masih dalam siasatan - CIDB BACA: Insiden kren SUKE: Akses baharu, khidmat van disediakan kepada penduduk terjejas BACA: Tragedi kren SUKE: Prolintas patuh arahan LLM lantik juruadit bebas BACA: Insiden kren Lebuh Raya SUKE: Satu lagi mangsa korban dipercayai masih tersepit
Topic Berkaitan
#suke
#kren gantri
#tapak pembinaan
#Projek Lintasan Sungai Besi-Ulu Klang Sdn Bhd
#PROLINTAS
#mayat
#mangsa
#siasatan
#keselamatan
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan