awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Insiden kuil Sri Maha Mariamman: JPN semak identiti perusuh

Astro Awani
Astro Awani
04/12/2018
09:19 MYT
Insiden kuil Sri Maha Mariamman: JPN semak identiti perusuh
Mohammad Razin pada sidang media selepas melancarkan ePayment di cawangan JPN, UTC hari ini. --fotoBERNAMA
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan menjalankan semakan identiti bagi mengesan status kewarganegaraan perusuh dalam insiden kekecohan di kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Putra Heights, Subang Jaya minggu lalu.
Ketua Pengarah JPN Datuk Mohammad Razin Abdullah berkata, ia bagi mengenalpasti sama ada wujud penglibatan warga asing atau sebaliknya dalam dua insiden pada 26 dan 27 Nov itu.
Menurutnya, maklumat asas seperti nombor kad pengenalan serta sijil kelahiran diperlukan untuk mengakses maklumat setiap warganegara yang disimpan di pangkalan data JPN.
"Kalau melibatkan orang tempatan, memang kita boleh kemukakan maklumat (berdasarkan) data yang kita simpan di JPN.
"Selagi maklumat asas itu ada, nombor kad pengenalan ataupun nombor sijil kelahiran, kita boleh kesan, kita boleh semak, melalui rekod yang ada di jabatan kita," katanya.
BACA: Lapan suspek kes rusuhan kuil dihadapkan ke mahkamah
BACA: Insiden Kuil Sri Maha Mariamman: Polis cari 28 saksi
Mohammad Razin berkata demikian selepas merasmikan majlis pelancaran pelaksanaan ePayment di cawangan JPN, Pusat Transformasi Bandar (UTC) di sini hari ini.
Setakat ini, polis telah menahan 83 individu bagi membantu siasatan berhubung kes tersebut manakala 13 saksi lagi masih diburu.
BACA: Kronologi insiden Kuil Sri Maha Mariamman
BACA: Peguam upah 50 individu ceroboh, kawal, ambil alih kuil
Topic Berkaitan
#kuil
#mahkamah
#Mohammad Razin Abdullah
#polis
#siasatan
#Sri Maha Mariamman
#Subang Jaya
#suspek
#warga asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan