Datuk Seri Najib Tun Razak berkata meskipun negara masih diselubungi suasana kesedihan ekoran tragedi pesawat MH17 dan MH370, namun komitmen untuk menterjemahkan semangat serta azam bagi menyemarakkan jiwa patriotisme dan memastikan kedaulatan bumi Malaysia tercinta masih perlu diteruskan.
Perdana Menteri berkata sesungguhnya inilah kehebatan rakyat negara ini yang sentiasa bersatu hati mengharungi apa jua cubaan dan rintangan sama ada ketika pilu atau gembira dengan jiwa kental bagi mendepani cabaran mendatang.
"Majlis dilancarkan hari ini membawa erti dan sangat signifikan kerana selain sebagai tanda memulakan perayaan bulan kemerdekaan yang cukup bermakna, (kita) juga perlu tunjukkan bahawa sebagai rakyat, kita sanggup melakukan tindakan untuk mengibar Jalur Gemilang.
"Tindakan memasang dan mengibar Jalur Gemilang lebih bermakna lagi sebab rasa dan jiwa patriotisme tidak boleh tersimpan dalam jiwa tetapi perlu dizahirkan secara terbuka bagi menunjukkan semangat rakyat Malaysia," katanya pada majlis pelancaran sambutan Bulan Kemerdekaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek serta menteri-menteri kabinet yang lain.
Najib berkata semangat bagi mengibarkan Jalur Gemilang sangat perlu dilakukan kerana ia merupakan simbol kebanggaan yang mewakili jiwa serta roh sesebuah negara bangsa serta sebagai identiti nasional yang menyatupadukan rakyat.
Tambah beliau, Jalur Gemilang juga mewakili nilai dan maruah sebuah pertiwi yang berdaulat dan merdeka selain menjadi tanda satu penghormatan dan kebanggaan serta lambang kemenangan apabila terus dilihat berkibar dengan megah dan gagah.
"Jalur Gemilang juga tanda solidariti dan kebersatuan rakyat yang berdiri teguh serta senantiasa bersemangat untuk mengibar dan menaikkan bendera kebanggaan negara itu.
"Jalur Gemilang juga bukan sekadar sehelai kain bercorak tetapi ia tersimpan sebuah pengertian dan seribu makna yang sangat mendalam," katanya.
Pada majlis itu perdana menteri turut melepaskan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang yang akan bergerak ke seluruh negara bagi menyemarak dan menaikkan semangat cintakan negara dalam kalangan rakyat serta menggalakkan rakyat mengibar Jalur Gemilang sebagai tanda cinta mereka kepada negara.
Sebuah papan tanda gergasi turut diletakkan di hadapan Perbadanan Putrajaya sebagai tempat orang ramai menurunkan tandatangan dalam menyampaikan ucapan takziah terhadap mangsa insiden pesawat MH17 dan MH370.
Najib berkata mengibarkan Jalur Gemilang bukan sahaja bagi melahirkan penghargaan kepada pejuang negara yang telah meletakkan asas pembangunan sebuah negara merdeka dan berdaulat, tetapi turut mencerminkan asas dan nilai sangat bermakna yang amat penting bagi sebuah negara untuk berjaya dan terus berjaya.
Beliau berkata tindakan mengibar Jalur Gemilang perlu disambut setiap lapisan masyarakat dengan penuh perasaan cinta kepada negara, keamanan dan keharmonian serta masa depan yang gemilang.
"Apabila di dalam lubuk hati kita, di dalam jiwa kita, di dalam roh kita, kita dapat hayati rasa cinta kepada negara, maka kita akan melakukan apa sahaja demi kepentingan bangsa, agama dan negara.
"Tindakan mengibar Jalur Gemilang juga memupuk semangat cintakan negara dan menyambut kemerdekaan juga tanda negara telah melalui kisah negara berjaya bukan negara gagal, serta telah melalui proses transformasi, membasmi kemiskinan dan pembagunan infrastruktur," kata Najib.
Perdana menteri berkata tema tahun ini iaitu 'Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta' adalah sangat tepat kerana inilah perasaan yang boleh dijadikan asas untuk mencapai status negara maju pada masa depan.
Beliau mengakhiri ucapan dengan mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Kemerdekaan ke-57 dengan semangat mengibarkan bendera tidak mengira sama ada di rumah, pejabat atau pada kenderaan.
Bernama
Mon Aug 18 2014
NAJIB: Tunjukkan semangat patriotik dengan mengibar Jalur Gemilang, usah pendam semangat cinta negara. - Astro AWANI/Harris Hardy
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Penyesalan satu kesakitan yang tiada ubat, pohon kemaafan sebelum terlewat
Penyesalan ialah sejenis kesakitan yang tiada ubat, tidak boleh diukur mengikut skala dan tiada tempoh masa penamat.
Tragedi Tanduo: Anak-anak sumber kekuatan balu wira negara
Ketibaan bulan Ramadan terutamanya, membangkit kerinduan tidak terperi, namun keberadaan anak-anak diakui menjadi sumber kekuatan buat mereka meneruskan kehidupan.
Muhammad Haikal menangis tanpa henti minta dibenar lihat jenazah ayahnya - Ibu
Rakaman video berkenaan menjadi tular dan mengundang simpati netizen terhadap calon SPM Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Simpang Beluru, Kuala Kangsar itu.
Tragedi Feri Triso: Gadis tular mendakap bayi tak bernyawa luah rasa pilu
Christina berkongsi kesedihan yang dirasai apabila dua ibu saudara dan tujuh sepupu yang cukup rapat sejak mereka kecil kini meninggal dunia di depan matanya sendiri.
Insiden MH17, MH370 tidak lunturkan komitmen sambut Merdeka - Najib
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kehebatan rakyat negara ini adalah sentiasa bersatu hati mengharungi apa jua cubaan dan rintangan.