awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tapir jantan seberat 300 kg mati dirempuh kereta di Dungun
Hamas beri amaran "kesan serius" jika Israel terus cabuli perjanjian gencatan senjata
Kerjasama NGO, swasta model terbaik bina masyarakat berteraskan nilai - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki ditembak semasa mencari petai

Bernama
Bernama
12/12/2025
11:00 MYT
Lelaki ditembak semasa mencari petai
Menurut polis, mangsa berusia 47 tahun itu terkena tembakan di rusuk sebelah kanan dan belakang, tetapi keadaannya stabil.
KUALA PILAH: Seorang lelaki cedera dipercayai ditembak individu tidak dikenali semasa mencari petai di kawasan hutan Kampung Maasop, Senaling di sini hari ini.

Ringkasan AI
  • Seorang lelaki cedera selepas ditembak individu tidak dikenali ketika mencari petai di Kampung Maasop, Senaling.
  • Mangsa berusia 47 tahun terkena tembakan di rusuk sebelah kanan dan belakang, tetapi keadaannya stabil.
  • Polis sedang menyiasat insiden tersebut di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Akta Senjatapi (Penalti Lebih Berat) 1971; orang ramai dipelawa untuk berkongsi maklumat.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah Superintenden Muhamad Mustafah Hussin berkata semasa kejadian mangsa berusia 47 tahun berada di lokasi seorang diri.
"Mangsa dikatakan terkena tembakan peluru penabur di bahagian rusuk sebelah kanan dan belakang, sempat menghubungi ahli keluarga untuk meminta bantuan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Muhamad Mustafah berkata mangsa yang bekerja sendiri dihantar ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah di sini dan dilaporkan stabil.
Beliau berkata siasatan dijalankan termasuk bagi mengenal pasti suspek serta motif kejadian mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 3 Akta Senjatapi (Penalti Lebih Berat) 1971.
Orang ramai mempunyai maklumat kejadian diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Pilah menerusi talian 06-4842999 atau pegawai penyiasat Inspektor Muhammad Helmi Hussin 018-9851207 untuk membantu siasatan.
-- BERNAMA


Topic Berkaitan
#lelaki cedera
#ditembak
#cari petai
#Kuala Pilah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan