LAHAD DATU: Polis mengenal pasti dua individu yang terlibat dalam pergaduhan di Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Lahad Datu pada Sabtu, sehingga mengakibatkan kekecohan sewaktu persidangan sedang berlangsung di Dewan Sri Perdana, di sini.
Kekocahan tersebut berlaku akibat provokasi daripada penyokong penyokong calon yang bertanding bagi merebut kerusi sebagai ketua umno bahagian Lahad Datu.
Menurut Ketua Polis Daerah Lahad Datu ACP Rohan Shah Ahmad, kekecohan terjadi semasa mesyuarat perwakilan UMNO bahagian P. 188 Lahad Datu yang berlaku pada hari ini pada jam 2:45 petang di dewan Sri Perdana.
"Kejadian tersebut bermotifkan provokasi sehingga menyebabkan pergaduhan yang mengakibatkan dua individu berjawatan sebagai Setiausaha Eksekutif Badan Perhubungan UMNO Sabah dan AJK Pemuda UMNO Bahagian Lahad Datu mengalami kecederaan.
"Dua orang suspek lelaki berumur 33 tahun dan 38 tahun yang terlibat dalam kekecohan ini telah dikenal pasti dan juga merupakan ahli biasa UMNO bahagian itu," katanya.
Meskipun begitu, situasi tegang tersebut berjaya dikawal oleh sepasukan pegawai polis dari Ibu Pejabat Daerah (IPD) Lahad Datu yang diketuai sendiri oleh ketua polis daerah telah bertindak menghentikan perhimpunan terbabit dan berjaya mengawal keadaan.
Katanya, dalam kejadian ini, kes di siasat di bawah Seksyen 15(3) Akta Perhimpunan Aman 2012 iaitu atas kesalahan melanggar syarat-syarat perhimpunan yang jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM10,000 dan juga di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang jika disabitkan boleh dipenjara hingga setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya.
Dalam pada itu, Rohan Shah, turut menasihatkan masyarakat agar menghentikan penularan video-video dan gambar-gambar mengenai kejadian ini kerana kes masih dalam siasatan pihak polis.
Selain itu, katanya pihak penganjur juga diminta untuk hadir ke balai polis untuk membantu siasatan.
Fadhil Selihin
Sat Mar 18 2023

Polis mengenal pasti dua individu yang terlibat dalam pergaduhan di Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Lahad Datu pada Sabtu, sehingga mengakibatkan kekecohan sewaktu persidangan sedang berlangsung di dewan Sri Perdana, di sini.

Masyarakat perlu belajar berinteraksi dengan autistik
Suatu pendekatan perlu dilakukan agar masyarakat turut belajar bagaimana untuk berinteraksi dan memahami anak-anak autistik.

Bekas ADUN Bukit Kayu Hitam, Ahmad Zaini meninggal dunia
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kayu Hitam, Datuk Ahmad Zaini Japar meninggal dunia pada jam 5.42 pagi hari ini di Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Video tular: Polis minta pemandu bas guna telefon ketika memandu serah diri
Tindakan pemandu itu tular di media sosial TikTok menerusi satu rakaman video berdurasi 21 saat.

Bot Karam: 11 rakyat Malaysia hanyut ke Filipina
11 individu termasuk tiga kanak-kanak berdepan detik cemas selepas bot dinaiki mereka karam sebelum hanyut ke perairan Filipina, sejak tiga hari lalu.

PM Anwar bertemu Premier Li Qiang
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dijadual mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatannya Li Qiang.

Malaysia hos edisi sulung Kongres Hoki Dalam Air Dunia Oktober ini
Ia melibatkan tiga kategori bagi acara 4v4 iaitu lelaki elit, wanita elit dan remaja (bercampuran).

Johan Jaaffar kesal Fahmi Fadzil bidas laporan BH
Dakwaan dibuat oleh Fahmi yang juga menteri bertanggungjawab ke atas media dan sebagai jurucakap kerajaan sama sekali tidak wajar dan tidak bertanggungjawab.

Ustaz Azhar semakin sihat, perlu jalani rawatan susulan
Ia berdasarkan perkembangan terbaharu beliau melalui sekeping gambar yang dimuat naik seorang pengguna media sosial Facebook menggunakan nama pena Dean Al-Barakah pada Jumaat.

Tenis: Wimbledon akan tarik balik larangan kepada pemain Rusia dan Belarus
Tetapi, pemain yang mendapat pembiayaan daripada Rusia atau Belarus tidak dibenarkan menyertai kejohanan berkenaan.

Noraini Idris dilantik Ketua Wanita UMNO Sabah
Noraini berkata, pelantikannya sebagai Ketua Wanita UMNO Sabah datang sebagai satu amanah dan tanggungjawab besar untuk dilaksanakan.

Insiden pergaduhan Mesyuarat Perwakilan UMNO Lahad Datu, dua individu terlibat dikenal pasti
Polis mengenal pasti dua individu yang terlibat dalam pergaduhan di Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Lahad Datu pada Sabtu.

Adib tidak alami kecederaan serius, Penang FC mula latihan rutin
Pengurus Besar pasukan, Jeffrey Chew berkata Adib kini dalam proses pemulihan hasil tindakan pantas pasukan perubatan dan pihak hospital.

Polis nafi terdapat insiden pergaduhan libatkan kematian semasa Thaipusam
Polis menafikan wujudnya insiden pergaduhan sehingga membawa maut ketika sambutan perayaan Thaipusam di Sungai Petani, Kedah baru-baru ini.

Sebab potong 'Q' seorang lelaki dibelasah
Suspek utama kejadian pergaduhan membabitkan dua individu di Jalan Dataran Cheras 2, Cheras pada Khamis ditahan hari ini.

Polis tahan 12 individu terlibat insiden pergaduhan di Penampang dan Ranau
Polis Sabah menahan 12 individu dipercayai terlibat dalam insiden pergaduhan di dua lokasi berasingan di daerah Penampang dan Ranau minggu lepas.