awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sultan Pahang, Tengku Ampuan zahir ucapan Selamat Tahun Baharu 2026
Silat wadah bentuk jati diri belia - Mohammed Taufiq
Ringgit dibuka tinggi susulan penurunan dolar selepas pengumuman minit mesyuarat FOMC
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Insiden roda pesawat, satu daripada landasan Lapangan Terbang Fukuoka ditutup seketika

Bernama
Bernama
20/10/2022
12:32 MYT
Insiden roda pesawat, satu daripada landasan Lapangan Terbang Fukuoka ditutup seketika
Insiden berlaku kira-kira jam 3 petang waktu tempatan (06:00 GMT), apabila tayar pesawat pancit sejurus selepas mendarat di Lapangan Terbang Fukuoka. - Foto: Twitter @FukuokaAirport
TOKYO: Lapangan Terbang Fukuoka Jepun menutup seketika salah satu landasannya pada Khamis selepas insiden roda sebuah pesawat ringan pancit selepas mendarat, lapor Sputnik, memetik agensi berita Kyodo.
Pesawat ringan yang membawa empat penumpang dilaporkan berlepas dari Lapangan Terbang Chofu di Tokyo pada awal hari itu, menurut media tempatan.
Insiden berlaku kira-kira jam 3 petang waktu tempatan (06:00 GMT), apabila tayar pesawat pancit sejurus selepas mendarat di Lapangan Terbang Fukuoka.
Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dan kebakaran dilaporkan akibat insiden itu.
Pihak berkuasa lapangan terbang bagaimanapun memutuskan untuk menutup landasan selama 35 minit tanpa mendedahkan puncanya.
Siasatan berhubung kejadian sedang dijalankan.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#lapangan terbang
#fukuoka
#landasan
#tayar pancit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan