Skip to main content

Malaysia

Insiden ‘roller coaster’: Siasatan ambil masa 3 hingga 4 bulan

[TB]_Shazeli Kahar, Sidang Media Ketua Polis Selangor 1_ASTRO AWANI
Datuk Shazeli Kahar berkata, siasatan itu membabitkan banyak pihak dan aspek teknikal di lokasi kejadian. - Gambar/ Astro AWANI
Advertisement

SHAH ALAM: Siasatan insiden membabitkan permainan 'roller coaster' di sebuah taman tema air di Petaling Jaya baru-baru ini dijangka mengambil masa sekurang-kurangnya tiga hingga empat bulan untuk dilengkapkan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, siasatan itu membabitkan banyak pihak dan aspek teknikal di lokasi kejadian.

“Kami menjangkakan paling cepat, minimum tempoh nak melengkapkan siasatan ambil masa antara tiga hingga empat bulan juga.

“Ini kerana ia melibatkan kerjasama dengan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), forensik dan beberapa agensi lain,” jelasnya dalam satu sidang media, di sini, pada Isnin.

Menurut Shazeli, polis juga telah mengambil banyak keterangan daripada pelbagai pihak bagi membantu siasatan.

“Memang banyak keterangan telah diambil, melibatkan petugas taman tema, petugas roller coaster, mangsa-mangsa yang cedera dan tidak cedera.

“Selain pegawai perubatan daripada pusat perubatan yang memberikan rawatan.

“Insya-Allah akan ada lagi yang bakal dirakam percakapan bagi membantu siasatan khususnya daripada aspek-aspek teknikal,” ujarnya.

Pada 22 Ogos lalu, seramai 10 individu dilaporkan mengalami kecederaan ringan dalam satu insiden roller coaster di taman tema air berkenaan.

Siasatan polis memberi tumpuan untuk mengenal pasti sama ada wujud elemen kecuaian mahupun sabotaj.

Must Watch Video

Advertisement