awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Insiden tembakan kem TUDM: Jenazah pertama dibedah siasat petang Sabtu

Azizah Alwi
Azizah Alwi
14/08/2021
11:26 MYT
Insiden tembakan kem TUDM: Jenazah pertama dibedah siasat petang Sabtu
Menurutnya, hasil ujian saringan COVID-19 akan diperoleh dalam tempoh 24 jam manakala proses bedah siasat yang melibatkan kes jenayah memakan masa 7 hingga 10 jam sebelum keputusan dikeluarkan. - Foto Astro AWANI
KUCHING: Jenazah pertama kes tembakan melibatkan anggota TUDM di Kota Samarahan dibedah siasat pada pukul 5.00 petang ini.
Menurut Pegawai Perubatan Pangkalan Udara Kuching, Kapten Dr Fairuz Ishak, mengikut prosedur proses yang telah ditetapkan oleh pihak hospital, proses bedah siasat hanya akan dilakukan selepas ujian RT-PCR COVID 19 mangsa disahkan.
Menurutnya, hasil ujian saringan COVID-19 akan diperoleh dalam tempoh 24 jam manakala proses bedah siasat yang melibatkan kes jenayah memakan masa 7 hingga 10 jam sebelum keputusan dikeluarkan.
"Dalam kes forensik melibatkan kes jenayah ia akan memakan masa.
"Sebab dalam kes ini melibatkan penggunaan senjata api dan untuk membuat bedah siasat ia mengambil sedikit masa," katanya kepada keluarga mangsa di Hospital Umum Sarawak pada Sabtu.
BACA: Insiden tembakan Kem TUDM: Saya mengandung empat bulan, ini yang arwah tunggu-tunggu
BACA: Insiden tembakan TUDM: Arwah Sharif Mohd Siddiq pesan adik jangan lupa sembahyang
Bagaimanapun katanya, semua sampel yang diperoleh di lokasi kejadian telah diserahkan kepada Jabatan Kimia dan pakar forensik untuk siasatan.
Tambah Dr Fairuz, kekurangan pakar forensik antara cabaran lain yang dihadapi pihak pengurusan semasa menjalankan proses bedah siasat.
Insiden Tembakan | Polis klasifikasikan sebagai kes bunuh
Topic Berkaitan
#Jenazah pertama
#TUDM
#tembak rakan
#Kapten Dr Fairuz Ishak
#SOP
#forensik
#laporan forensik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan