awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Parti PM Takaichi dijangka raih kemenangan besar - Kajian Asahi
Bekas menteri UK keluar Parti Buruh susulan pendedahan baharu Epstein
Warga emas, cucu rentung dalam kebakaran rumah pekerja di Bintulu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Inspektor polis dipenjara dua tahun kerana cabul kehormatan wanita

Bernama
Bernama
16/11/2018
09:53 MYT
Inspektor polis dipenjara dua tahun kerana cabul kehormatan wanita
Inspektor polis dipenjara dua tahun kerana cabul kehormatan wanita. - Gambar hiasan
Mahkamah Rayuan di sini hari ini mensabitkan dan menjatuhi hukuman penjara dua tahun terhadap seorang inspektor polis kerana mencabul kehormatan seorang petugas wanita di dalam lif ibu pejabat polis di Negeri Sembilan pada 2012.
Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Ahmadi Asnawi, Datuk Abdul Rahman Sebli dan Datuk Kamardin Hashim menolak pembebasan N. Prabu daripada pertuduhan itu berikutan rayuan pihak pendakwaan.
Prabu, 34, diperintahkan menjalani hukuman penjara mulai hari ini.
Hakim Ahmadi yang mempengerusikan panel hakim itu berkata, mahkamah menjatuhi hukuman penjara dua tahun selepas mengambil kira fakta bahawa Prabu adalah inspektor polis dan merupakan timbalan ketua bahagian Narkotik di ibu pejabat polis daerah Jempol ketika kesalahan itu dilakukan terhadap seorang wanita yang bekerja di ibu pejabat polis yang sama.
Beliau berkata kesalahan itu seharusnya memberi pengajaran kepada Prabu.
Prabu didakwa mencabul kehormatan wanita berusia 39 tahun itu dengan menyentuh payudaranya di dalam lif Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan pada jam 12.30 tengah hari, 29 Nov 2012.
Dia pada mulanya dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret di akhir kes pendakwaan tanpa dipanggil membela diri dan Mahkamah Tinggi mengekalkan keputusan itu.
Berikutan rayuan oleh pihak pendakwaan, Mahkamah Rayuan memerintahkan Prabu supaya membela diri.
Di akhir kes pembelaan, dia sekali lagi dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret dan Mahkamah Tinggi mengekalkan keputusan itu, menyebabkan pihak pendakwaan mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Rayuan.
Timbalan Pendakwa Raya Tengku Intan Suraya Tengku Ismail mewakili pendakwaan manakala Prabu diwakili peguam Datuk Hanif Hassan.
Topic Berkaitan
#Abdul Rahman Sebl
#Ahmadi Asnawi
#anggota polis
#cabul
#Kamardin Hashim
#Negeri Sembilan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan