awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kenderaan rosak dibaling batu dari jambatan, polis giat kesan pelaku
Pasukan pengaman PBB lapor tembakan Israel di selatan Lubnan
Niaga hadapan emas dijangka kekal dalam aliran positif minggu depan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Instagram memperkenalkan ciri terbaru bagi penggemar 'chatting'

Kohilah Sekaran
Kohilah Sekaran
02/09/2015
15:07 MYT
Instagram memperkenalkan ciri terbaru bagi penggemar 'chatting'
Instagram hari ini memperkenalkan ciri terbaru yang membolehkan pengguna untuk berbalas mesej dalam perbualan peribadi ataupun berkumpulan di dalam akaun Instagram masing-masing.
Instagram hari ini memperkenalkan ciri terbaru yang membolehkan pengguna untuk berbalas mesej dalam perbualan peribadi ataupun berkumpulan di dalam akaun Instagram masing-masing.
Hal ini kerana, ia sudah menjadi aliran baru bagi pengguna media sosial untuk berinteraksi dengan rakan-rakan mereka atas talian.
Pembaharuan Instagram itu adalah langkah terbaru untuk bersaing dengan aplikasi Snapchat yang berjaya menarik golongan muda dengan kemudahan mesej mereka.
Aplikasi Snapshat dilapor mempunyai 100 juta pengguna dan sedang berkembang dengan pesat.
Dengan ciri terbaru ini, pengguna Instagram kini boleh berkongsi gambar secara langsung kepada rakan atau sekumpulan orang menerusi akaun mereka.
Bukan itu sahaja, pengguna Instagram juga boleh membalas perbualan atas talian dalam bentuk teks ataupun gambar.
Difahamkan, pembaharuan ini dilakukan oleh syarikat Instagram dengan harapan agar pengguna akan meluangkan masa yang lebih panjang di aplikasi mudah alih tersebut.
Menurut Instagram yang mempunyai lebih dari 300 juta pengguna, sebanyak 40 peratus daripada semua komen yang disiarkan adalah ditujukan kepada pengguna akaun Instagram yang lain.
Perkara ini menunjukkan bahawa ramai pengguna suka memaparkan kandungan/gambar kepada rakan-rakan mereka dan mula berinteraksi mengenai kandungan tersebut.
in
in
Gambar dari laman web Instagram
Baru-baru ini, banyak laman sosial dan aplikasi telah memperkenalkan perkhidmatan komunikasi atas talian untuk menarik perhatian pengguna terutamanya golongan muda.
Facebook, yang memiliki Instagram, turut melancarkan perkhidmatan Messenger sebagai aplikasi bersifat independen pada awal tahun ini.
Topic Berkaitan
#ciri terbaru
#Instagram
#mesej
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan