Instagram pertimbang bangunkan aplikasi khusus untuk TV

Meta sedang mempertimbang pembangunan aplikasi Instagram khusus untuk televisyen, memfokuskan kepada kandungan video seperti Reels. -Foto Amanz
META sebelum ini pernah bereksperimen dengan Facebook Video pada TV dalam memudahkan pengguna mengikuti kandungan video terus pada kaca televisyen.
Ringkasan AI
- Meta sedang mempertimbang pembangunan aplikasi Instagram khusus untuk televisyen, memfokuskan kepada kandungan video seperti Reels.
- Aplikasi ini dijangka menjadi alternatif kepada YouTube TV dan TikTok TV, tanpa pelesenan kandungan atau acara sukan.
- Langkah ini selari dengan usaha Meta untuk meluaskan capaian Instagram yang kini mempunyai 3 bilion pengguna aktif bulanan.
Ia akan memfokuskan kepada kandungan video, sekali gus membolehkan pengguna terus mengikuti pelbagai kandungan video yang diterbitkan di Instagram, di ruang tamu.
Ini juga secara tidak langsung mungkin memposisikannya sebagai penawaran alternatif oleh Meta untuk kaca televisyen, berbanding penawaran YouTube TV dan juga TikTok TV.
Menyentuh mengenainya juga, Ketua Instagram, Adam Mosseri berkongsi bahawa mereka akan melihat kepada penawaran kandungan Instagram Reels sedia ada di kaca televisyen, dan tidak berminat untuk melesenkan sebarang kandungan atau acara sukan.
Instagram baru-baru ini telah berkongsi mereka mempunyai 3 bilion pengguna aktif bulanan, dan semestinya mereka ingin terus menambah capaian melalui penawaran pada pelbagai peranti-peranti lain di pasaran. -Amanz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami