Sekolah agama di seluruh negara perlu menerapkan nilai kepimpinan yang mantap dan berkesan untuk memastikan institusi agama ini terus realistik dalam mendepani cabaran semasa.

Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata guru besar dan pengetua sekolah agama perlu bijak dengan memberi penekanan kepada tiga elemen yang mampu meningkatkan kualiti pendidikan di institusi pendidikan tersebut.

Tiga teras yang perlu ada dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah agam termasuk nilai kepimpinan yang tinggi, aspek kualiti sistem dan juga persepsi masyarakat.

"Kita harus ingat bahawa kepimpinan pengetua dan guru besar di sekolah agama akan menentukan arah tuju sekolah dan kejayaan murid," ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Multaqa Pengetua dan Guru Besar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan 2017 di sini hari ini.

Ia penting dalam memastikan pelajar--pelajar sekolah agama mampu mencapai kejayaan dalam pelbagai bidang akademik dan ko-kurikulum.

Beliau berucap ketika merasmikan Multaqa Pengetua dan Guru Besar sekolah menengah kebangsaan agama dan sekolah agama bantuan kerajaan 2017.

Seramai 278 pengetua dan guru besar sekolah agama seluruh negara menyertai program tahunan ini yang berlangsung selama dua hari bermula semalam.