PASIR MAS: Kerajaan tidak mahu institusi pengajian pondok dijadikan tempat lambakan anak-anak yang bermasalah, kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar.
Beliau berkata pendekatan ini diambil bagi memastikan supaya pelajar keluaran pondok adalah berkualiti.
"Kita telah membangunkan garis panduan contohnya dalam konteks pengambilan pelajar pondok. Jadi dengan adanya garis panduan yang seragam atau sama, mudahlah untuk kita memastikan supaya mereka masuk ke pondok adalah benar-benar untuk belajar," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meluangkan masa dan beramah mesra dengan ulama, guru dan pelajar Pondok Negeri Kelantan di Pondok Lubuk Tapah, di sini hari ini.
Mohd Na'im berkata ibu bapa perlu memainkan peranan mereka dan tidak meletakkan tanggungjawab mendidik anak-anak kepada institusi pondok.
"Anak-anak yang bermasalah perlu dididik dengan betul bermula daripada keluarga, jadi kalau ibu bapa dan keluarga memainkan peranan untuk mendidik anak, tidak akan timbul masalah," katanya.
Beliau berkata terdapat 1,332 maahad tahfiz berdaftar di seluruh Malaysia, manakala sebanyak 304 pondok berdaftar di negara ini termasuk 50 di Kelantan.
Dalam perkembangan sama, beliau berkata pihaknya turut menggalakkan agar pondok-pondok di negara ini berdaftar supaya mudah bagi kerajaan memberikan bantuan.
"Kerajaan memberi jaminan untuk memberi bantuan yang diperlukan dan kita mahu memastikan supaya (institusi) pondok terus memainkan peranan mempertahankan Islam dan masyarakat di negara ini," katanya.
Katanya bagi pondok-pondok berdaftar, anak-anak mudah diawasi, manakala pondok-pondok yang tidak berdaftar pula, tidak ada satu metodologi kurikulum bagi mendidik anak, sekali gus dibimbangi menjadi pusat menyemai bibit-bibit keganasan.
--BERNAMA
Bernama
Fri Jul 14 2023
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Naim Mokhtar menyampaikan ucapan pada Program Ramah Mesra Bersama Ulama-Ulama Pondok Negeri Kelantan di Pondok Lubuk Tapah hari ini. - Foto BERNAMA
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Konsert Siti Nurhaliza, Judika dikejutkan dengan insiden kebakaran
Konsert penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza bersama Judika di Stadium Merdeka dikejutkan seketika dengan insiden kebakaran kecil melibatkan kotak bunga api pada Sabtu.
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Anak jadi inspirasi guru pedalaman bina bilik multisensori bantu murid pendidikan khas
Seorang guru di pedalaman Sabah menjadikan anak lelaki tunggalnya yang juga kanak-kanak autistik sebagai sumber inspirasi membangunkan projek bilik multisensori.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
Institusi pondok bukan tempat lambakan pelajar bermasalah
Kerajaan tidak mahu institusi pengajian pondok dijadikan tempat lambakan anak-anak yang bermasalah, kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar.
Institusi pondok perlu berdaftar dengan MAIK - Asyraf Wajdi
Institusi pondok di Kelantan diminta berdaftar dengan MAIK bagi membolehkan pusat pengajian itu mendapat bantuan sewajarnya.