awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
HPUSM tawar pembelajaran teknologi robotik bagi pembedahan lutut
RPN 2026-2035 'reset' pendidikan negara, perkukuh laluan TVET
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Institusi pondok perlu berdaftar dengan MAIK - Asyraf Wajdi

Bernama
Bernama
15/05/2017
07:51 MYT
Institusi pondok perlu berdaftar dengan MAIK - Asyraf Wajdi
Asyraf Wajdi mengulas mengenai beberapa siri kebakaran membabitkan pusat pengajian tersebut yang sering berlaku sejak akhir-akhir ini di negeri ini. - Gambar fail
Institusi pondok di Kelantan diminta berdaftar dengan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Kelantan (MAIK) bagi membolehkan pusat pengajian itu mendapat bantuan sewajarnya.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata antara bantuan yang boleh diperoleh termasuk melakukan pendawaian semula bekalan elektrik bagi mengurangkan risiko kebakaran.
"Terdapat institusi pondok di Kelantan tidak mengikut piawaian pendawaian elektrik yang ditetapkan oleh pihak berkuasa dan ia menjadi satu daripada punca kebakaran.
"Kemungkinan pengurusan pondok tidak mempunyai kewangan yang mencukupi, justeru mereka digesa berdaftar dengan MAIK kerana kerajaan persekutuan telah meluluskan sejumlah peruntukan bagi menangani masalah berkenaan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2017 Peringkat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan di Dewan Uthmaniah, Kampung Pulai Lima di sini hari ini.
Turut hadir Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerak Datuk Zawawi Othman, ADUN Selising Zulkifli Ali dan Pengarah JBPM Nazili Mahmood.
Asyraf Wajdi mengulas mengenai beberapa siri kebakaran membabitkan pusat pengajian tersebut yang sering berlaku sejak akhir-akhir ini di negeri ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki
#institusi pondok
#kebakaran
#MAIK
#pusat pengajian
#risiko
#sekolah pondok
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan