Skip to main content
Advertisement

Malaysia

Institusi raja pasak kestabilan, benteng kedaulatan - Raja Muda Perlis

51710487690_TBTUANKUSYEDFAIZ.jpg
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah institusi raja ialah pasak kestabilan, benteng kedaulatan serta payung penyatuan rakyat.
Advertisement

KANGAR: Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah institusi raja ialah pasak kestabilan, benteng kedaulatan serta payung penyatuan rakyat.

Baginda bertitah kedudukan institusi raja yang berkecuali dalam kerangka Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen memainkan peranan penting dalam memelihara keseimbangan politik, menjamin kelangsungan pemerintahan serta memperkukuh keharmonian masyarakat merentasi kaum dan agama.

Raja Muda Perlis bertitah demikian ketika berkenan merasmikan “Wacana Adiwangsa 2026: Institusi Raja, Warisan dan Jiwa Bangsa” di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perlis di Arau seperti dimaklumkan dalam kenyataan Istana Arau hari ini.

Baginda juga berharap perbincangan dan perkongsian berlangsung hari ini dapat memperluas pemahaman, menyuburkan kesedaran serta memperkukuh komitmen bersama dalam memelihara institusi raja, memperkasakan warisan dan membentuk generasi berilmu, berintegriti serta berwawasan.

Sementara itu, Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah warisan, budaya dan bahasa perlu diperkasakan sebagai kekuatan strategik serta lambang identiti bernilai tinggi, bukan sekadar peninggalan sejarah. 

"Khazanah tradisi juga perlu bergerak seiring inovasi dan teknologi agar terus berkembang, relevan serta mampu diketengahkan ke persada antarabangsa," titah baginda.

Wacana Adiwangsa 2026 yang berlangsung dari 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari ini anjuran UiTM Cawangan Perlis itu menjadi platform intelektual bagi memperkukuh penghayatan masyarakat terhadap institusi raja serta kepentingan memelihara warisan, budaya dan jati diri bangsa.

Program itu turut memberikan tumpuan terhadap usaha membentuk generasi muda yang memahami sejarah, menghargai warisan serta memiliki jati diri yang kukuh dalam mendepani perubahan semasa.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement