Mulai 1 Jan 2017, pengiktirafan kepada institusi pendidikan seni bina luar negara tidak akan dilaksanakan secara automatik.
Sebaliknya Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata proses validasi akan dibuat berdasarkan Polisi dan Prosedur Program Validasi Pendidikan Seni Bina dari institusi luar negara yang dibangunkan oleh Lembaga Arkitek Malaysia (LAM).
Katanya ia merupakan manual komprehensif yang menjadi panduan dalam proses akreditasi pendidikan seni bina kepada semua institusi pengajian tinggi.
"Lembaga Arkitek Malaysia akan mengeluarkan senarai baharu institusi pendidikan seni bina luar negara yang diiktiraf mulai tarikh tersebut," katanya pada Majlis Anugerah LAM 2015 di sini malam ini.
Pada majlis itu, Fadillah menyampaikan antara lain anugerah Pingat Presiden LAM kepada Tan Sri Esa Mohamed, Prinsipal Firma Perunding Arkitek dan Perancangan Bandar, Arkitek Jururancang (Malaysia) Sdn Bhd (AJM).
Bernama
Tue Aug 18 2015
FADILLAH: Proses validasi akan dibuat berdasarkan Polisi dan Prosedur Program Validasi Pendidikan Seni Bina dari institusi luar negara yang dibangunkan oleh Lembaga Arkitek Malaysia (LAM). -Gambar fail
Lelaki maut kereta terbalik, jatuh cerun di kawasan perumahan
Seorang lelaki maut, manakala seorang wanita warga emas cedera parah selepas kenderaan dinaiki hilang kawalan sebelum terbalik dan jatuh ke cerun bukit.
Pindaan perlembagaan PKR: Buka ruang lebih ramai ahli memilih pimpinan tertinggi parti - Fahmi
Pindaan perlembagaan PKR berhubung proses pemilihan parti yang diluluskan hari ini membolehkan lebih ramai ahli daripada pelbagai latar belakang terlibat dalam proses pemilihan kepimpinan tertinggi.
Perkenal kuota etnik, wanita dalam perwakilan parti langkah berani PKR - Saraswathy
Saraswathy berkata, ia mencerminkan komitmen PKR dalam memastikan keadilan sosial serta kesaksamaan dalam sistem politik negara.
ISN fokus R&D sukan berpotensi menjelang Olimpik LA 2028
Untuk Olimpik LA2028, ISN telah diberi sejumlah peruntukan bagi melihat cara untuk memperkasa lagi R&D untuk prestasi atlet.
Keputusan letak jawatan demi perkukuh PN - Ahmad Samsuri
Ahmad Samsuri menafikan peletakan jawatannya sebagai Bendahari Agung PN berpunca daripada keretakan dalam gabungan berkenaan.
Hutang RM1 juta: Mara gesa Che Ta, anak hadir ke pejabat
Mara menggesa pelakon Rozita Che Wan dan anak sulungnya, Ammar Effendy agar hadir di pejabat majlis itu untuk membincangkan mengenai pembayaran hutang hampir RM1 juta.
Gabungan dalam kerajaan kena hormat parti lain
Parti dalam gabungan kerajaan perlu saling hormat menghormati bagi memastikan keharmonian tidak terjejas.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaharu
Sekurang-kurangnya 22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza pada Sabtu, menurut petugas perubatan Palestin.
Jangan benarkan budaya lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan
Pendirian UMNO tetap tegas bahawa UMNO tidak akan sesekali menerima dan membenarkan perlakuan lompat parti dalam kerajaan perpaduan.
Intan Najuwa selamat bersalin anak sulung, beri nama Imane Lunara
PELAKON Datin Intan Najuwa selamat melahirkan cahaya mata sulungnya dan memberi nama Imane Lunara.
Pindaan Akta Perubatan 1971 tidak jejas peranan MQA - Dzulkefly
MQA akan terus menjadi badan akreditasi kepada program sarjana perubatan yang menilai permohonan daripada universiti.
Moscow akan balas langkah Bulgaria batal akreditasi wartawan Rusia
Rossiyskaya Gazeta melaporkan bahawa Bulgaria akan mengekstradisi pewartanya Alexander Gasyuk tanpa sebarang alasan akan langkah itu.
Taman Negeri Royal Belum terima akreditasi CA|TS
Kejayaan itu dicapai menerusi kerjasama dengan Tabung Alam Sedunia (WWF) Malaysia, yang memberi panduan dan sokongan sepanjang proses akreditasi itu.
Denda, penjara menanti IPTS tawar program tidak dapat akreditasi MQA - Khaled Nordin
Mohamed Khaled memaklumkan, semua tindakan itu boleh diambil berdasarkan Seksyen 96 dan 97 Akta MQA (Akta 697.
Semua program UPM ada akreditasi - MQA
Bagi memastikan jaminan kualiti program ditawarkan mengikut standard maksimum, MQA membuat audit secara berkala di universiti yang dianugerahi status swaakreditasi.
TV Pendidikan diteruskan, sasar pelajar tertentu - Radzi
Keputusan dibuat memandangkan situasi tidak terjangka pandemik COVID-19 yang sedang melanda dunia ketika ini boleh mempengaruhi sebarang keputusan KPM.
Akhirnya Petron buka mulut
Petron dalam satu kenyataan pada Selasa menjelaskan permohonan menjadi pembekal kerajaan telah dibuat sejak Mac 2015 dan diluluskan November tahun sama.
Hospital swasta boleh lakukan pemindahan organ jika penuhi kriteria - Dr Subramaniam
Hospital swasta di negara ini dibenar melakukan pembedahan pemindahan organ jika memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.
Institusi seni bina luar negara tidak lagi diiktiraf secara automatik pada 2017
Proses validasi akan dibuat berdasarkan Polisi dan Prosedur Program Validasi Pendidikan Seni Bina dari institusi luar negara yang dibangunkan oleh Lembaga Arkitek Malaysia (LAM).
Proses permohonan akreditasi makmal USM masih berterusan
Proses permohonan semula akreditasi Makmal Universiti Sains Malaysia (USM) masih berterusan.