Integrasi ekonomi ASEAN dapat direalisasikan menerusi usaha bersepadu antara negara anggota ASEAN (AMS).
Menurut laporan Tinjauan Ekonomi 2019 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan hari ini, AMS perlu meningkatkan kesedaran pihak berkepentingan mengenai langkah Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) dan mengukuhkan industri domestik bagi membolehkan penyertaan dalam rantaian nilai global.
Selain itu, AMS juga perlu mengutamakan penambahbaikan infrastruktur serantau serta meningkatkan peruntukan kewangan dan sumber manusia ke arah integrasi ekonomi serantau.
"Oleh itu, pihak berkepentingan perlu mengukuhkan kerjasama dalam mengatasi cabaran demi menjayakan AEC 2025," menurut laporan itu.
Sementara itu, berdasarkan cabaran global semasa, pasaran kewangan yang saling bergantung hasil daripada integrasi ekonomi yang lebih mendalam dan padu boleh meningkatkan risiko kewangan di rantau ini.
Faktor lain yang mungkin melemahkan integrasi ekonomi ASEAN adalah ketegangan perdagangan global, pertumbuhan ekonomi China yang semakin perlahan serta normalisasi kadar faedah.
Dasar perlindungan perdagangan menerusi halangan perdagangan, seperti pengenaan tarif import oleh Amerika Syarikat (AS) ke atas barangan China, untuk melindungi pasaran domestik sesebuah ekonomi turut boleh menggugat integrasi ekonomi serantau dan menjejaskan perdagangan.
Walaupun AS secara relatifnya kekal sebagai pasaran kecil bagi ASEAN, namun pasaran tersebut semakin berkembang bagi eksport barangan keluli dan aluminium ASEAN, justeru itu, dasar perlindungan AS akan kekal sebagai risiko kepada pertumbuhan ekonomi dan integrasi serantau bagi jangka panjang.
"AMS perlu mengambil langkah bersesuaian sebagai pelengkap bagi liberalisasi dan integrasi pasaran kewangan masing-masing. Ia termasuk usaha membina keupayaan yang diperlukan dan mewujudkan dasar makroekonomi yang mantap serta konsisten bagi meminimumkan kesan risko berkenaan," menurut laporan itu.
Meskipun ASEAN menghadapi pelbagai cabaran di samping perbezaan sistem politik dan tahap pembangunan ekonomi dalam kalangan AMS, AEC menyediakan peluang yang luas kepada rantau ini.
"Sehubungan itu, Rangka Tindakan AEC 2025 dijadikan panduan untuk mentransformasikan ASEAN sebagai sebuah rantau perdagangan berprestasi tinggi dan destinasi pelaburan yang menarik dengan memberi tumpuan kepada faedah integrasi sektor kewangan.
"Faedah tersebut adalah aliran bebas perdagangan perkhidmatan, aliran modal yang lebih bebas, pasaran modal bersepadu di ASEAN, serta pengharmonian sistem pembayaran dan penyelesaian ASEAN," menurut laporan itu.
Rangka Tindakan AEC 2025 yang diterima pakai oleh pemimpin ASEAN pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-27 pada 22 Nov, 2015 telah melakarkan landskap integrasi ekonomi rantau untuk dekad akan datang di samping mengekalkan visi utama AEC 2015.
Ia menekankan penggunaan sains dan teknologi, pembangunan sumber manusia dan peningkatan tadbir urus yang baik serta menggalakkan kesalinghubungan.
--BERNAMA
Bernama
Fri Nov 02 2018
Walaupun AS secara relatifnya kekal sebagai pasaran kecil bagi ASEAN, namun pasaran tersebut semakin berkembang bagi eksport barangan keluli dan aluminium ASEAN. - Gambar hiasan/EPA
Banjir: 444 mangsa terjejas di empat negeri
Perak kekal mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 220 mangsa daripada 68 keluarga dan ditempatkan di dua PPS.
Anda kelak boleh seru Google Gemini dengan memanggil 'Hey, Gemini'
Gemini iaitu chatbot AI Google yang secara perlahan akan menjadi pembantu maya/digital baharu menggantikan Google Assistant.
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
ASEAN-GCC-China gabungan 'segi tiga' berpotensi besar - Mohamad
Ketiga-tiga blok itu mempunyai kekuatan tersendiri yang boleh dimanfaatkan melalui kerjasama baik.
Sektor pelancongan pulih, MOTAC manfaat Kepengerusian ASEAN 2025
Statistik terbaharu itu menunjukkan peningkatan sebanyak 5.6 peratus berbanding 32.35 juta pelancong dalam tempoh sama pada 2019.
Ringgit terus alami penurunan selepas data IHP AS dikeluarkan
Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk hari keempat berturut-turut pada Khamis.
Vicente yakin Malaysia layak ke Piala Asia 2027
Vicente yakin skuad Harimau Malaya mampu layak ke Piala Asia 2027 meskipun berdepan cabaran sengit pasukan pilihan, Vietnam, pada saingan peringkat kumpulan kempen kelayakan tahun depan.
Ringgit ditutup sedikit rendah pada waktu ketidaktentuan Timur Tengah, menjelang data CPI AS
Ringgit ditutup sedikit rendah berbanding dolar AS untuk hari kedua berturut-turut pada Selasa kerana pelabur berhati-hati di tengah-tengah ketidaktentuan yang berterusan di Timur Tengah.
ASEAN model perkongsian keputusan bersama dan pengaruh mampan - Mohamad
ASEAN tidak seharusnya dilihat semata-mata sebagai "zon penampan" antara kuasa besar dunia tetapi sebagai model perkongsian keputusan bersama dan pengaruh mampan.
Ringgit ditutup rendah susulan aktiviti membeli dolar AS
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini apabila senarai data gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) yang kukuh dan kejatuhan kerajaan Syria merangsang belian mata wang AS itu.
MOF tumpu percukaian progresif, belanjawan mampan bagi utamakan sektor kritikal
Kementerian Kewangan (MOF) akan menumpukan aspek percukaian progresif bagi memastikan keadilan dan belanjawan yang mampan untuk mengutamakan sektor-sektor kritikal negara.
Malaysia bakal raih manfaat daripada tarif meluas AS - Marc Ratings
Malaysia dijangka mendapat manfaat daripada tarif meluas yang dikenakan Amerika Syarikat (AS), sekurang-kurangnya dalam masa terdekat, demikian menurut MARC Ratings Bhd.
Usahawan MARA diseru manfaatkan platform Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025
Usahawan Majlis Amanah Rakyat (MARA) diseru memanfaatkan platform Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 bagi mengetengahkan dan mempromosikan produk mereka ke peringkat antarabangsa.