Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad menggariskan beberapa ciri yang perlu diterapkan dalam diri setiap anak muda dalam memikul tanggungjawab mereka sebagai pemimpin masa hadapan.

Kata Tun Mahathir, beliau percaya nilai-nilai yang baik yang ditanamkan akan menjadi kebiasaan, dan membantu meletakkan seseorang individu di landasan yang betul.

"Nilai kepimpinan bukan sains roket. Ia adalah mengenai nilai setiap hari.

"Pertama, pemimpin mesti mempunyai integriti dan kejujuran kerana tanpa dua ciri ini, pemimpin akan menjadi korup dan tidak boleh dipercayai.

"Selain itu, seorang pemimpin mesti cintakan ilmu pengetahuan dan menyedari perubahan yang berlaku di sekelilingnya.


Tambah Tun Mahathir lagi, adalah penting untuk menyedari bahawa sebagai pemimpin, tugas untuk belajar adalah sepanjang hayat, dan bagaimana mahu memberi impak kepada masyarakat.

"Apa kesan yang kita buat dan bagaimana kepimpinan kita menyentuh kehidupan orang lain. Pemimpin mesti mempunyai sifat yang dipandang tinggi oleh orang lain dan mampu menjadi contoh," katanya.

Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap merasmikan '10th University Scholars Leadership Symposium' di Shah Alam, pada Jumaat.

Simposium tahun ini dihadiri kira-kira 1,000 pemimpin pelajar dari seluruh dunia, dengan objektif memberi inspirasi kepada bakal pemimpin untuk lebih berdaya saing dan menghulur bakti kepada masyarakat.