GADGETS
Intel jadikan Malaysia pusat pemasangan, ujian cip

Intel akan menyatukan operasi pemasangan dan ujian dari Costa Rica ke Malaysia dan Vietnam, menjadikan Malaysia sebagai tapak utama dalam strategi pengoptimuman global. -Amanz
CEO Intel, Lip Bu Tan semalam menerbitkan nota untuk kakitangan mengenai perancangan masa depan syarikat dan usaha yang telah serta akan dilakukan bagi memastikan kelangsungan syarikat.
Ringkasan AI
- Intel akan menyatukan operasi pemasangan dan ujian dari Costa Rica ke Malaysia dan Vietnam, menjadikan Malaysia sebagai tapak utama dalam strategi pengoptimuman global.
- Syarikat akan mengurangkan tenaga kerja sebanyak 15%, menyasarkan hanya 75,000 pekerja menjelang akhir 2025, berbanding 108,900 pada akhir 2024.
- Fokus masa depan Intel termasuk strategi AI baharu untuk inferens dan ejen, serta pembangunan semula ekosistem x86 melalui cip Granite Rapids, Panther Lake dan Nova Lake.
Seperti telah dilaporkan sebelum ini, projek pembinaan kilang fabrikasi cip di Jerman dan Poland kini telah dibatalkan.
Beliau mengesahkan syarikat akan melakukan pengurangan tenaga kerja sehingga 15% dengan sasaran akan hanya mempunyai 75,000 pekerja pada penghujung tahun ini.
Pada penghujung 2024, Intel dilaporkan mempunyai 108,900 pekerja di seluruh dunia. Pada Q2 lalu, sebanyak 50% pekerja lapisan pengurusan telah diberhentikan.
Strategi kecerdasan buatan (AI) juga akan diubah daripada menghasilkan untuk latihan kepada yang menumpukan kuasa dalam melakukan tugas inferens dan ejen.
Turut akan diberikan tumpuan ialah menghidupkan kembali ekosistem x86 Intel.
Untuk pusat data ia akan bermula dengan cip Granite Rapids sementara untuk pelanggan pula menerusi siri Panther Lake dan Nova Lake. -Amanz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami