awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Intern Bukan Buruh Paksa: Syed Saddiq tetap akan hadir ke UiTM malam ini

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
30/03/2023
09:31 MYT
Intern Bukan Buruh Paksa: Syed Saddiq tetap akan hadir ke UiTM malam ini
Tegas Ahli Parlimen Muar itu, meskipun UiTM menolak permohonan beliau untuk menyertai dialog itu namun beliau akan tetap ke sana, berdialog dengan mahasiswa berhubung pelbagai isu. - Fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tetap akan hadir ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam pada Khamis malam bagi menyertai dialog ‘Intern Bukan Buruh Paksa’.
Tegas Ahli Parlimen Muar itu, meskipun UiTM menolak permohonan beliau untuk menyertai dialog itu namun beliau akan tetap ke sana, berdialog dengan mahasiswa berhubung pelbagai isu.
Beliau juga mengkritik keputusan UiTM yang menggunakan alasan ‘mengekalkan keharmonian kampus’ kerana beliau bukannya datang untuk membuat huru-hara di universiti tersebut.
“Saya tetap akan hadir dan saya menjemput dan mengajak mahasiswa untuk bersama, berdialog dengan saya pada malam ini.
“Komitmen saya, saya berani berdialog berkenaan isu-isu yang dekat di hati mereka.
“Bukan sahaja berkaitan isu latihan praktikal berbayar atau AUKU tapi berkaitan apa-apa sahaja isu yang mereka rasa saya patut bangkitkan sebagai wakil suara anak muda di Parlimen dan luar Parlimen.
“Saya berharap tidak akan ada sekatan, rintangan pada malam ini kerana ia adalah untuk adakan dialog yang penuh rasa aman, tiada huru-hara kerana itu niat utama,” katanya pada sidang media di Lobi Parlimen pada Khamis.
Media sebelum ini melaporkan UiTM menolak permohonan program yang dijadualkan berlangsung pada Khamis, jam 10 malam di Dataran Cendekia, UiTM Shah Alam itu dengan alasan ingin mengekalkan keharmonian kampus.
Selain itu, universiti itu juga memberikan alasan untuk fokus kepada program kerohanian di bulan Ramadan.
Topic Berkaitan
#Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
#muda
#UiTM
#Intern Bukan Buruh Paksa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan