GADGETS
iPhone 7 dan 7 Plus dilancarkan di Malaysia pada 14 Oktober
Telefon pintar Apple terbaharu - iPhone 7 dan 7 Plus akan dikeluarkan pada 14 Oktober ini. - Gambar fail
BERITA gembira untuk semua peminat Apple!
Telefon pintar Apple terbaharu - iPhone 7 dan 7 Plus akan menemui pelanggan di pasaran pada 14 Oktober ini!
Apple Malaysia mengesahkan perkara ini menerusi laman web rasminya pada hari ini.
Selain itu, syarikat-syarikat telekomunikasi utama tempatan seperti Maxis, Digi dan Celcom turut mengumumkan bahawa pelanggan boleh membuat penempahan awal bermula 7 Oktober ini.

Kredit Gambar: laman web Apple Malaysia
DiGi
Maxis
Celcom
Manakala, tempahan bagi iPhone 7 dan 7 Plus di U Mobile boleh dilakukan mulai 14 Oktober.