IPOH: Ipoh menjadi bandar pertama di Wilayah Utara yang mempunyai capaian akses 5G berkelajuan 1 gigabit per saat (Gbps) hasil usaha pasukan 5G Greater Ipoh.
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Multimedia negeri, Khairul Shahril Mohamed berkata, pencapaian itu merupakan hasil usaha pasukan berkenaan yang diketuai Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin.
Selain itu, turut berperanan, Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Perak dan Telekom Malaysia (TM).
"Sehingga akhir Oktober ini sebanyak 98 lagi tapak rangkaian 5G akan dipancarkan di Wilayah Greater Ipoh.
"Ia merangkumi Majlis Perbandaran Kuala Kangsar, Majlis Perbandaran Kampar dan Majlis Daerah Batu Gajah, dijangkakan capaian rangkaian internet pantas 5G ini akan meliputi seluruh Perak," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika berucap merasmikan Ipoh Integrated Operation Centre (IIOC) & 5G di Pusat Tranformasi Bandar (UTC) Perak, di sini pada Selasa.
Hadir sama, Rumaizi dan Naib Presiden Jualan mewakili TM One, Mohamed Faisal Naina Mohamed.
Khairul Shahril berkata, MBI dan TM telah menggerakkan kerjasama dan menggembleng tenaga bagi melaksanakan salah satu projek yang terkandung di dalam Blueprint Ipoh Smart City iaitu Ipoh Integrated Operation Centre (IIOC).
Ujarnya, khidmat nasihat dan kerjasama ini bermula sejak awal pelancaran Pelan Tindakan Bandar Pintar itu pada Mac tahun lalu.
"Projek Command Centre ini merupakan nadi kepada Pelan Tindakan Bandar Pintar Ipoh.
"Ia bakal menjadi sebuah pusat kawalan pintar yang mempunyai keupayaan memproses Big Data dengan menggunakan perisian Artificial Inteligence (AI), Internet of Thing (IoT).
"Sekali gus akan melicinkan urus tadbir pembandaran MBI kepada urus tadbir yang bercirikan teknologi tinggi, sensor dan peranti," katanya.
Katanya, sebuah pusat kawalan yang canggih tanpa capaian internet yang baik merupakan satu kekurangan.
Bagaimanapun, jelasnya, MBI dan TM melalui Digital Nasional Berhad terlebih dahulu telah bekerjasama bagi mengatasi masalah tersebut.
Aida Aziz
Wed Jun 29 2022

Majlis perasmian Ipoh Integrated Operation Centre & 5G berlangsung di Pusat Tranformasi Bandar Perak, Ipoh, 28 Jun 2022. Foto MBI

41 maut kebakaran gereja di Giza, Mesir
Sekurang-kurangnya 41 orang terbunuh manakala 12 lagi cedera dalam kebakaran di sebuah gereja di wilayah Giza, Mesir pada Ahad, menurut Kementerian Kesihatan Mesir.

Warga Singapura sesat mendaki, sudah ditemui
Lelaki warga Singapura yang dilaporkan sesat ketika sedang melakukan aktiviti pendakian di Gunung Panti Barat, pada Sabtu telah ditemui selamat.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 14 Ogos 2022.

10 Berita Pilihan - (14 Ogos 2022)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

UMNO | Dekati pengundi, tak boleh bergantung jentera wanita
UMNO tidak boleh bergantung kepada jentera wanita semata-mata untuk mendekati kumpulan pengundi tertentu, selain perlu memikirkan pendekatan sesuai bagi mendekati kumpulan yang dilihat 'jauh' dengan parti itu.

Iklan Palsu | CEO LZNK ambil tindakan undang-undang
Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu dan syarikat pinjaman wang yang menyalahgunakan gambar Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Syeikh Zakaria Othman dengan tujuan memperdaya orang ramai. Satu laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar pada Sabtu supaya siasatan dapat dilakukan terhadap syarikat terbabit yang dikhuatiri tidak wujud.

Protes Mana LCS | Polis panggil 13 individu bantu siasatan
Polis akan memanggil 13 individu untuk memberi keterangan berhubung 'Protes Mana Kapal Tempur Pesisir (LCS)' yang diadakan di hadapan sebuah pusat beli-belah dekat Kuala Lumpur, pada Ahad. Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana mengadakan perhimpunan tanpa notis.

Tragedi Muay Thai | Peninju Thailand maut akibat pukulan 'knockout'
Peninju dari Thailand meninggal dunia akibat pendarahan otak selepas menerima pukulan 'knockout' dalam perlawanan Muay Thai Ambang Merdeka 2022 di Kota Bharu, Kelantan. Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata mangsa dikenali sebagai Kittichai Chaengkhao, 28 tahun, berasal dari Chumpong.

RM20,000 sekiranya atlet SUKIPT berjaya pecah rekod kebangsaan - PM
Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika berucap merasmikan SUKIPT 2022 di Arena Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

AWANI Ringkas: Wanita BN cadang penubuhan universiti, bank khas untuk wanita

Ipoh bandar pertama di Wilayah Utara miliki capaian akses 5G
Pencapaian itu merupakan hasil usaha pasukan berkenaan yang diketuai Datuk Bandar Datuk Rumaizi Baharin.