awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ipoh diiktiraf Rangkaian Bandar Kreatif UNESCO dalam bidang muzik

Bernama
Bernama
01/11/2023
11:01 MYT
Ipoh diiktiraf Rangkaian Bandar Kreatif UNESCO dalam bidang muzik
Ibu negeri Perak itu kini diiktiraf sebagai satu daripada 55 bandar baharu yang menyertai UCCN bagi kategori muzik. - Gambar fail/Bernama
IPOH: Ipoh kini menyertai senarai dalam Rangkaian Bandar Kreatif (UCCN) Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) bagi kategori muzik.
Menurut kenyataan UNESCO dalam laman web rasminya, ibu negeri Perak itu kini diiktiraf sebagai satu daripada 55 bandar baharu yang menyertai UCCN bersempena dengan Hari Bandar Sedunia pada Selasa.
Menerusi pertambahan baharu itu, rangkaian berkenaan kini mempunyai 350 bandar di lebih 100 negara yang mewakili tujuh bidang kreatif iaitu Kraf dan Seni Rakyat, Reka Bentuk, Filem, Gastronomi, Sastera, Seni Media dan Muzik.
"Bandar baharu ini diiktiraf atas komitmen teguh untuk memanfaatkan budaya dan kreativiti sebagai sebahagian daripada strategi pembangunan dan memaparkan amalan inovatif dalam perancangan bandar berpusatkan rakyat," menurut kenyataan itu.
UNESCO memaklumkan bandar-bandar baharu itu akan bekerjasama dengan ahli rangkaian untuk mengukuhkan daya tahan dalam menghadapi ancaman seperti perubahan iklim, peningkatan ketidaksamaan serta perbandaran pesat, dengan 68 peratus daripada populasi dunia diunjurkan tinggal di kawasan bandar menjelang 2050.
Ketua Pengarah UNESCO Audrey Azoulay dalam kenyataan sama berkata bandar-bandar dalam Rangkaian Bandar Kreatif mendahului dalam mempertingkatkan akses kepada budaya dan merangsang kuasa kreativiti untuk daya tahan dan pembangunan bandar.
Bandar kreatif baharu dijemput menyertai Persidangan Tahunan UCCN 2024 di Braga, Portugal dari 1 hingga 5 Julai yang membawakan tema "Bringing Youth to the table for the next decade".
Sebanyak 16 bandar di dunia antaranya Mexicali, Caracas dan Banja Luka diiktiraf bagi kategori muzik termasuk Ipoh.
Pada 2022, Datuk Bandar Ipoh Datuk Rumaizi Baharin berkata bandar raya itu dicadang untuk dicalonkan sebagai Rangkaian Bandar Kreatif dalam pengkhususan muzik bagi menjadikan Ipoh sebagai bandar paling berdaya huni di negara ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ipoh
#Rangkaian Bandar Kreatif
#Unesco
#muzik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan