Skip to main content

Dunia

Iran keluar amaran berhubung Selat Hormuz selepas Trump umum rancangan sekatan laut

A hovercraft moves past the Jag Vasant vessel transferring LPG at a port after transiting the Strait of Hormuz amid supply disruptions linked to the U.S-Israeli conflict with Iran, in Mumbai, India, April 1, 2026. REUTERS/Francis Mascarenhas
Markas Tentera Laut menyatakan bahawa dron Iran sedang memantau selat berkenaan secara masa nyata dan menambah bahawa semua pergerakan di kawasan itu berada di bawah “kawalan penuh” angkatan tentera Iran. - gambar fail/Reuters

TEHRAN: Markas Tentera Laut Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) pada Ahad memberi amaran bahawa sebarang “silap langkah” di Selat Hormuz akan memerangkap musuhnya dalam “pusaran maut”, menurut saluran berita Sepah News yang bergabung dengan IRGC, lapor Xinhua.

Markas Tentera Laut itu menyatakan bahawa dron Iran sedang memantau selat berkenaan secara masa nyata dan menambah bahawa semua pergerakan di kawasan itu berada di bawah “kawalan penuh” angkatan tentera Iran.

Advertisement

Kenyataan itu dibuat sejurus selepas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berkata Tentera Laut AS akan mula menyekat kapal yang cuba memasuki atau keluar dari Selat Hormuz, menurut hantaran di platform Truth Social miliknya. Trump berkata langkah itu akan berkuat kuasa “serta-merta”.

-- BERNAMA-XINHUA

Must Watch Video