awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ipoh raih tempat kedua PBT terbaik Malaysia kategori bandar raya

Bernama
Bernama
12/03/2023
12:15 MYT
Ipoh raih tempat kedua PBT terbaik Malaysia kategori bandar raya
Rumaizi berkata kejayaan itu adalah kerjasama berpasukan Datuk Bandar Ipoh, Ahli Majlis, Setiausaha Bandaraya, Pengarah Kanan, Ketua Jabatan, pegawai dan anggota MBI. - Gambar fail
IPOH: Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dinobatkan sebagai pihak berkuasa tempatan (PBT) kedua terbaik Malaysia kategori bandar raya dengan jumlah markah 98.25 serta dianugerahkan penarafan lima Bintang Pihak Berkuasa Tempatan Tahun 2022.
Anugerah itu diserahkan oleh Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming kepada Datuk Bandar Ipoh Datuk Rumaizi Baharin sempena Konvensyen PBT bertemakan Perbandaran MADANI-Rakyat Sejahtera di Pusat Konvensyen Ipoh (ICC) di sini hari ini.
Rumaizi berkata kejayaan itu adalah kerjasama berpasukan Datuk Bandar Ipoh, Ahli Majlis, Setiausaha Bandaraya, Pengarah Kanan, Ketua Jabatan, pegawai dan anggota MBI.
"Semoga kejayaan berkenaan menjadi pemangkin kepada Majlis Bandaraya Ipoh untuk lebih cemerlang dan menjadi penanda aras kepada PBT lain di seluruh Malaysia," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Anugerah Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan (SPB-PBT) kategori bandar raya itu dimenangi Majlis Bandaraya Petaling Jaya diikuti MBI.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ipoh
#pbt terbaik
#bandar raya
#Rumaizi Baharin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan