IPOH: Bandar raya Ipoh terpilih menjadi tuan rumah sambutan Hari Bomba Sedunia 2024 peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Lost World Of Tambun, 4 Mei ini.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Nga Kor Ming berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka merasmikan majlis itu.
Menurutnya, pelbagai acara menarik telah disusun, antara lain mempamerkan kehebatan dan ketangkasan anggota bomba.
“Kita akan saksikan, ada bom air, ada helikopter, ada ular sawa, ada abang-abang sado. Semua akan turun ke Ipoh,” katanya ketika berucap pada majlis jamuan Hari Raya DAP Perak bersama media di sini, malam tadi.
Menurut Nga, tugasan dan tanggungjawab anggota bomba sekarang semakin mencabar, bukan hanya memadamkan kebakaran, malah pelbagai tugasan untuk membantu rakyat, termasuk menangkap buaya.
Sehubungan itu, katanya, buat pertama kali, KPKT telah menyediakan dana terbesar dalam sejarah sebanyak RM267 juta tahun ini untuk membeli peralatan yang diperlukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
Menurutnya, peruntukan itu bagi pembelian pelbagai aset, termasuk 150 jentera kompak atau compact fire rescue tender (CFRT) bernilai RM147 juta.
“Peruntukan yang tertinggi dalam sejarah ini juga sebagai pengiktirafan dan penghargaan kepada wira-wira merah negara kita,” ujarnya.
Selain Sambutan Hari Bomba Sedunia 2024 Peringkat Kebangsaan, Kor Ming berkata, Perdana Menteri juga dijangka merasmikan Taman Rekreasi Madani pertama negara yang terletak di Parlimen Tambun.
Beliau berkata, KPKT membelanjakan RM50 juta untuk membina 100 taman rekreasi awam di seluruh negara, termasuk 22 di Perak.
Abd Razak Mohd Ali
Sat Apr 20 2024
Nga berkata, buat pertama kali, KPKT menyediakan dana terbesar dalam sejarah sebanyak RM267 juta tahun ini untuk membeli peralatan yang diperlukan JBPM Malaysia. - Gambar fail/KPKT Malaysia
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 17 Mei 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dipercayai terdapat gerakan tersusun sebar maklumat palsu di media sosial - Fahmi
Fahmi berkata bagaimanapun buat masa ini, Kementerian Komunikasi belum menerima apa-apa maklumat secara terperinci.
Tumpuan Sabtu – 18 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PRN Sabah: Tiada parti boleh bergerak solo, UMNO dijangka bentuk gagasan - Bung Moktar
UMNO Sabah memberi bayangan akan membentuk satu gabungan atau gagasan baharu dengan mana-mana parti yang dirasakan boleh bekerjasama dalam mendepani Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17.
Serangan balai polis: Jangan buat kesimpulan awal - Mufti Perlis
Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menasihatkan agar semua pihak tidak membuat kesimpulan terlalu awal berhubung serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor kerana bimbang akan menimbulkan sentimen Islamofobia.
Serangan balai polis: Gerakan JI di negara ini mungkin belum berakhir - Syahril Kadir
Editor Jenayah, Syahril Kadir berkata kejadian berdarah yang berlaku di Balai Polis Ulu Tiram, Johor menunjukkan kemungkinan gerakan Jemaah Islamiah (JI) dalam negara ini belum betul-betul berakhir.
Tegasnya, pihak berkuasa tidak boleh leka dengan ancaman tersebut, yang disifatkan sebagai 'api dalam sekam'.
Tegasnya, pihak berkuasa tidak boleh leka dengan ancaman tersebut, yang disifatkan sebagai 'api dalam sekam'.
Rezeki lapan sekeluarga tunai haji bersama kerana pengorbanan ibu bapa menabung
Menabung sejak awal usia, membawa lima beradik ke Tanah Suci secara serentak pada tahun ini, musim 1445H/2024M.
Singapura kutuk sekeras-kerasnya serangan Balai Polis Ulu Tiram - Kementerian Luar
Singapura mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram di Johor pada Jumaat, yang mengakibatkan kematian dua anggota polis dan mencederakan seorang lagi.
Malaysia, Uzbekistan boleh bekerjasama teroka bidang baharu pendigitalan, peralihan tenaga
Perdana Menteri berkata kedua-dua negara juga boleh menjalin kerjasama yang baik dalam sektor halal, perbankan dan teknologi makanan.
Ipoh tuan rumah sambutan Hari Bomba Sedunia 2024
Pelbagai acara menarik telah disusun, antara lain mempamerkan kehebatan dan ketangkasan anggota bomba.