DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 17 Mei 2024.
Presiden Kazakhstan Kassym-Jomart Tokayev menyatakan kesediaan negaranya untuk meningkatkan interaksi dan kerjasama dengan Malaysia semasa lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke ibu negara Astana pada Khamis.
4 lagi wartawan terbunuh dalam serangan Israel di Gaza
2. Empat lagi wartawan Palestin termasuk seorang wanita terbunuh dalam serangan terbaru Israel di Semenanjung Gaza menjadikan jumlah korban pengamal media sejak 7 Okt lepas kepada 147 orang, kata Pejabat Media Gaza pada Khamis.
Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) memberikan sokongannya terhadap cadangan Palestin untuk menggantung Israel daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) berikutan perang berterusan di Gaza dalam ucapan kongresnya di Bangkok, malam tadi.
Jemaah Islamiyah (JI) adalah sebuah organisasi pelampau yang ditubuhkan pada awal 1990-an untuk membentuk 'negara Islam' meliputi selatan Thailand, Malaysia, Singapura, Indonesia, Brunei, dan selatan Filipina.
Upacara perasmian Tahun Budaya China-Rusia dan konsert khas bagi meraikan ulang tahun ke-75 ikatan diplomatik kedua-dua negara berlangsung di Beijing pada Khamis.
Seramai 151 orang terkorban setakat ini akibat bencana alam terburuk pernah melanda selatan Brazil manakala 104 lagi masih hilang, menurut Agensi Pertahanan Awam pada Khamis.
Gunung berapi Ile Lewotolok di Nusa Tenggara Timur Indonesia meletus pada Khamis, menyebabkan sebuah pesawat terpaksa membatalkan pendaratannya di Lapangan Terbang Wunopito, lapor Xinhua.
Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dan beberapa lagi mangsa cedera pada Khamis akibat dipanah petir di Bengal Barat, di timur India, kata pegawai.
Kakitangan Singapore Airlines akan menerima ganjaran bonus bersamaan sekitar lapan bulan gaji, berikutan prestasi kewangannya yang cemerlang.
Pemain bola tersohor dunia, Cristiano Ronaldo mendahului senarai atlet bergaji tertinggi Forbes buat kali keempat, sementara pemain golf ternama Sepanyol, Jon Rahm pula naik ke tangga kedua.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami