IPOH: Bandar raya Ipoh terpilih menjadi tuan rumah sambutan Hari Bomba Sedunia 2024 peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Lost World Of Tambun, 4 Mei ini.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Nga Kor Ming berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka merasmikan majlis itu.
Menurutnya, pelbagai acara menarik telah disusun, antara lain mempamerkan kehebatan dan ketangkasan anggota bomba.
“Kita akan saksikan, ada bom air, ada helikopter, ada ular sawa, ada abang-abang sado. Semua akan turun ke Ipoh,” katanya ketika berucap pada majlis jamuan Hari Raya DAP Perak bersama media di sini, malam tadi.
Menurut Nga, tugasan dan tanggungjawab anggota bomba sekarang semakin mencabar, bukan hanya memadamkan kebakaran, malah pelbagai tugasan untuk membantu rakyat, termasuk menangkap buaya.
Sehubungan itu, katanya, buat pertama kali, KPKT telah menyediakan dana terbesar dalam sejarah sebanyak RM267 juta tahun ini untuk membeli peralatan yang diperlukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
Menurutnya, peruntukan itu bagi pembelian pelbagai aset, termasuk 150 jentera kompak atau compact fire rescue tender (CFRT) bernilai RM147 juta.
“Peruntukan yang tertinggi dalam sejarah ini juga sebagai pengiktirafan dan penghargaan kepada wira-wira merah negara kita,” ujarnya.
Selain Sambutan Hari Bomba Sedunia 2024 Peringkat Kebangsaan, Kor Ming berkata, Perdana Menteri juga dijangka merasmikan Taman Rekreasi Madani pertama negara yang terletak di Parlimen Tambun.
Beliau berkata, KPKT membelanjakan RM50 juta untuk membina 100 taman rekreasi awam di seluruh negara, termasuk 22 di Perak.
Abd Razak Mohd Ali
Sat Apr 20 2024
Nga berkata, buat pertama kali, KPKT menyediakan dana terbesar dalam sejarah sebanyak RM267 juta tahun ini untuk membeli peralatan yang diperlukan JBPM Malaysia. - Gambar fail/KPKT Malaysia
Wujud pasukan khas laksana pematuhan, penguatkuasaan larangan merokok - Cuepacs
Cuepacs mencadangkan Kementerian Kesihatan wujudkan pasukan khas untuk melaksanakan penguatkuasaan larangan merokok di premis makanan dan restoran.
AWANI Ringkas: Tindakan selepas penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lebih 569 tan metrik bantuan kemanusiaan tiba di Gaza
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Isnin memaklumkan ketibaan lebih 569 tan metrik bantuan kemanusiaan tiba di Gaza melalui jalan laut.
Kapal kontena Dali berjaya dialihkan - White House
Kapal kontena Dali berjaya dialihkan pada Isnin yang merupakan langkah penting kearah membuka kembali laluan perkapalan itu.
Saksi dakwa Ebit Lew hantar mesej lucah menjelang malam
Saksi kesembilan mendakwa mesej yang diterima daripada pendakwah terkenal, Ebit Lew berunsur.
Datuk bandar antara 3 maut dalam serangan hendap
Tiga pegawai kerajaan, termasuk seorang datuk bandar telah ditembak mati oleh sekumpulan lelaki bersenjata yang disyaki sebagai pemisah pada Isnin di wilayah bergolak Barat Laut Cameroon.
Kit ujian pantas laris di Singapura
Kita Ujian Pantas (ART) Antigen COVID-19 laris dijual di Singapura susulan peningkatan kes jangkitan virus tersebut.
Musa Hitam lancar buku Ku Li
Veteran UMNO Tun Musa Hitam melancarkan buku bertajuk KU LI: Memoir 205 yang mengangkat kisah perjalanan politik rakan seperjuangannya, Tengku Razaleigh Hamzah pada Selasa.
Selangor tetapkan capaian 5G di kawasan industri cecah 80 peratus tahun ini
Kerajaan negeri akan perkemas langkah meningkatkan capaian liputan rangkaian 5G di Selangor dengan tumpuan diberikan kepada kawasan industri.
EPL: Rio Ferdinand percaya Ten Hag akan dipecat
Bekas pertahanan Manchester United, Rio Ferdinand, percaya pengurus kelab itu Erik Ten Hag bakal meninggalkan Old Trafford.
Ipoh tuan rumah sambutan Hari Bomba Sedunia 2024
Pelbagai acara menarik telah disusun, antara lain mempamerkan kehebatan dan ketangkasan anggota bomba.