awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

EPL: Rio Ferdinand percaya Ten Hag akan dipecat

Astro Arena
Astro Arena
21/05/2024
08:51 MYT
EPL: Rio Ferdinand percaya Ten Hag akan dipecat
Bekas pertahanan Manchester United, Rio Ferdinand, percaya pengurus kelab itu Erik Ten Hag bakal meninggalkan Old Trafford. - Gambar fail/Stadium Astro
BEKAS pertahanan Manchester United, Rio Ferdinand, mempercayai bahawa pengurus kelab itu Erik Ten Hag bakal meninggalkan Old Trafford selepas menamatkan kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) di tangga kelapan musim ini.
Malah, walaupun berjaya melakar kemenangan 2-0 berdepan Brighton dalam perlawanan terakhir liga dan akan menentang Manchester City dalam perlawanan akhir Piala FA, ia tidak akan menyelamatkan pengendali berusia 54 tahun itu.
Dia mempunyai rekod tewas dalam 19 perlawanan dalam semua pertandingan dan akan terlepas saingan di peringkat Eropah sejak 2015, malah berdepan pemotongan gaji susulan prestasi yang merundum.
"Semakin saya memikirkan menang atau kalah, saya tidak fikir Ten Hag akan kekal musim depan.
"Saya tidak mengatakan itu yang saya mahu, saya hanya mengatakan apa yang saya percaya akan berlaku dan saya percaya bahawa kelab akan mencari pengganti.
"Saya tidak fikir (menang Piala FA) akan mengubah apa-apa buat pihak INEOS. Ini hanya andaian yang sya fikirkan," katanya menerusi saluran YouTube LIMA.
*Artikel disiarkan di Stadium Astro
Topic Berkaitan
#bekas pertahanan Manchester United
#Rio Ferdinand
#Erik ten Hag
#dipecat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan