Kualiti udara kembali sederhana di semua negeri di Semenanjung selain Sabah dan Sarawak mengikut catatan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada Ahad.

Data yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) menunjukkan penurunan bacaan IPU iaitu bawah 100 di seluruh negara sejak pagi semalam.

Beberapa kawasan di Johor, Sabah dan Sarawak bacaan IPU menunjukkan daerah di situ berada di tahap yang baik iaitu di Kota Tinggi, Johor (50), Limbang, Sarawak (49) dan di Tawau, Sabah (39) yang menunjukkan bacaan yang paling sihat.

Dalam pada itu, terdapat beberapa kawasan di Pulau Pinang mencatat bacaan melebihi 80 iaitu Seberang Jaya (83), Seberang Perai (81), Minden (83) dan Balik Pulau (88) yang mencatat bacaan tertinggi sejak 7 petang tadi.

Bacaan IPU 0 hingga 50 dikategorikan sebagai baik, antara 51 dan 100 (sederhana), antara 101 dan 200 (tidak sihat), antara 201 dan 300 (amat tidak sihat) dan lebih 301 (berbahaya).

-- BERNAMA