awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penilai bebas sahkan sistem aerotren KLIA berfungsi ikut perancangan
Parti PM Takaichi dijangka capai kemenangan besar
Kendrick Lamar pecah rekod dengan 26 kemenangan Grammy
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Irama sayu serunai iringi upacara persemadian negarawan Tun Samy Vellu

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
16/09/2022
09:45 MYT
Irama sayu serunai iringi upacara persemadian negarawan Tun Samy Vellu
Keranda yang membawa jasad bekas Presiden MIC Tun S Samy Vellu dibawa masuk ke dalam Krematorium Jalan Kuari, Cheras petang tadi. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Suasana hiba menyelubungi krematorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Jalan Kuari, Cheras di sini petang tadi apabila irama Ullathil Nalla Ullam Urangaa Thenbathu yang membawa maksud 'insan yang baik hati tidak akan tidur' dimainkan pemain serunai mengiringi upacara keagamaan persemadian mendiang negarawan, Tun S Samy Vellu.
Alunan irama sayu yang dimainkan beberapa minit sebelum mendiang disemadikan itu turut dilihat menyebabkan sebahagian mereka yang hadir tidak dapat menahan kesedihan.
Irama dari filem Karnan itu mengisahkan salah satu watak dari catatan epik Mahabharata hindu yang dibintangi aktor popular India, Sivaji Ganesan.
Sejurus upacara agama yang mengambil masa hampir satu jam selesai, jasad bekas Presiden MIC itu disemadikan kira-kira pukul 5.40 petang.
Mengenang Samy Vellu | Mendiang Samy Vellu selamat disemadikan
Sementara itu sebagai menghormati pemergian mendiang, bendera MIC di ibu pejabat parti itu turut dikibarkan separuh tiang.
Terdahulu ribuan rakyat Malaysia termasuk pemimpin tidak putus-putus datang memberi penghormatan terakhir kepada mendiang sejak semalam.
Samy Vellu yang dilahirkan pada 8 Mac, 1936, meninggal dunia kira-kira 7 pagi semalam di kediamannya pada usia 86 tahun.
Samy Vellu yang memimpin MIC dari 1981 hingga 2010 adalah antara pemimpin paling lama memegang jawatan dalam Kabinet, iaitu kira-kira tiga dekad bermula sebagai Menteri Kerja Raya pada 1979.
Topic Berkaitan
#samy vellu
#disemadikan
#Krematorium Jalan Kuari
#meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan