awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
KBS, JPM Hal Ehwal Agama komited perkukuh pembangunan belia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Iran tawar bantuan siasat sindiket pasport

Astro Awani
Astro Awani
11/03/2014
13:29 MYT
Iran tawar bantuan siasat sindiket pasport
Iran menawarkan bantuan kepada Malaysia untuk menyiasat dua warganegaranya yang dipercayai menaiki pesawat MH370 dengan menggunakan pasport curi.
Jurucakap Kementerian Luar Iran, Marzieh Afkham berkata republik Islam itu akan "membuat susulan ke atas laporan berhubung kemungkinan dua penumpang warga Iran menaiki pesawat berkenaan."
"Kami menawarkan kerjasama untuk mendapatkan maklumat tambahan," katanya seperti dipetik oleh AFP di Tehran.
Marzieh juga berjanji bahawa Tehran akan menyalurkan "sebarang maklumat mengenai warga Iran itu serta statusnya secepat mungkin."
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar pada Selasa mendedahkan seorang penumpang yang menggunakan pasport curi itu dipercayai hendak berhijrah ke Jerman. Lelaki itu didedahkan sebagai Pouria Nour Mohammad Mehrdad, warga Iran berumur 19 tahun.
Interpol kemudian mendedahkan identiti penumpang pasport curi yang kedua, yang juga warga Iran. Namanya, Delavar Seyed Mohammad Reza, 30 tahun.
Laporan adanya dua penumpang yang menaiki pesawat MH370 dengan menggunakan pasport curi mencetuskan kebimbangan kehilangan pesawat itu ada kaitan dengan pengganas.
Topic Berkaitan
##PrayForMH370
#Beijing
#Iran
#Kuala Lumpur
#Malaysia Airlines
#MH370
#pasport
#penerbangan Malaysia
#Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan