KUALA LUMPUR:Bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad yang disabitkan atas sembilan pertuduhan rasuah RM3 juta semalam berkaitan pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites (MPHS) di Kuching, Sarawak, selesai membayar wang jaminan tambahan RM700,000 yang diperintahkan Mahkamah Tinggi di sini.
Mohd Isa, 71, yang hadir memakai baju kemeja belang biru tiba di mahkamah pada jam 10.36 pagi hari ini bersama isterinya, Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid yang merupakan penjamin.
Mohd Isa yang membuat bayaran jaminan di kaunter Pendaftaran Jenayah Mahkamah Tinggi dilihat beredar dari mahkamah pada jam 1.52 tengah hari.
Semasa fotonya dirakam jurukamera di lobi mahkamah, Mohd Isa sempat berseloroh dengan menyergah jurukamera sebelum menuju ke arah keretanya sambil berkata “jarak, jarak, jarak, patuh prosedur operasi standard (SOP) kalau tidak bayar denda RM1,000”, membuatkan petugas media yang membuat liputan ketawa.
BACA: Rasuah: Isa Samad dijatuhi hukuman 6 tahun penjara dan denda RM15.45 juta
Sementara itu, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu juga telah memfailkan notis rayuan terhadap sabitan salah serta hukuman penjara dan denda yang dikenakan terhadapnya.
Perkara itu disahkan oleh peguam yang mewakili Mohd Isa, Siti Sarah Khalil ketika ditemui di lobi mahkamah di sini dan notis rayuan itu difailkan di Mahkamah Tinggi jam 11 pagi tadi.
Mohd Isa diperintahkan membayar ikat jamin tambahan RM700,000 selepas mahkamah membenarkan permohonan pihak pembelaan untuk menangguhkan kesemua hukuman sementara menunggu rayuan.
Semalam, Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali membuat keputusan itu setelah mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes terhadap kesemua pertuduhan ke atas Mohd Isa.
Sebagai syarat tambahan, mahkamah turut memerintahkan tertuduh melaporkan diri di balai polis berdekatan setiap 1 haribulan sehingga rayuan selesai.
Mohd Isa dijatuhi hukuman penjara enam tahun bagi setiap pertuduhan dihadapinya menjadikan keseluruhan 54 tahun serta denda RM15.45 juta atau dipenjara 18 tahun jika gagal membayar denda berkenaan.
Bagaimanapun, Mohd Isa hanya perlu menjalani hukuman penjara 6 tahun sahaja setelah Mohd Nazlan memerintahkan kesemua hukuman penjara itu berjalan serentak. - BERNAMA
Bernama
Thu Feb 04 2021

Bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad selesai membayar wang jaminan tambahan RM700,000 yang diperintahkan Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur. - Gambar BERNAMA

Demi makhluk unik... Australia bina santuari platypus pertama di dunia
Ini bagi mempromosikan pembiakan dan pemulihan kerana mamalia tersebut kini menghadapi kepupusan akibat perubahan iklim.

AWANI Ringkas: MCA komited kekal bersama BN

UFC 259: 7 kemenangan berturut-turut, Islam Makhachev kini sasar kejuaraan lightweight
Petarung Rusia, Islam Makhachev menewaskan Drew Dober dari Amerika Syarikat menerusi submission pada pusingan ketiga.

Lawatan PM | Pintu Kaabah dibuka untuk Perdana Menteri
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin diberi penghormatan untuk memasuki Kaabah ketika menunaikan ibadah Umrah. Pintu Kaabah dibuka untuk Muhyiddin bersama isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman serta beberapa tetamu lain.

Seorang bapa dituduh lakukan amang seksual terhadap anak kandung
Bapa kepada tiga anak ini didakwa melakukan perbuatan berkenaan di sebuah rumah di Bandar Putra Kulai pada Jun dan Febuari tahun lepas.

55 usahawan berjaya tingkat hasil jualan bawah program INSKEN - Wan Junaidi
Ia kejayaan INSKEN mempersiapkan usahawan dengan ilmu dan kemahiran yang relevan serta sesuai untuk mereka bersaing di dalam industri yang semakin mencabar.

Suhu di Bayan Lepas, George Town, KL, JB, Ipoh meningkat - Kajian
Kajian menilai taburan suhu yang dijalankan Think City mendapati lima bandar raya utama di Malaysia merekodkan peningkatan suhu yang ketara sejak beberapa dekad yang lalu.

COVID-19: Mutasi varian Nigeria tidak jejas kemampuan kesan individu dijangkiti
Ini kerana kit tindak balas Polymerase Chain Reaction (PCR) yang sedia ada menggunakan pelbagai sasaran untuk mengesan varian walaupun seseorang itu tidak bergejala.

Gempa bumi 5.8 magnitud landa wilayah Maluku
Gempa bumi dengan kekuatan 5.8 skala Richter melanda wilayah Maluku di timur Indonesia pada Ahad, menurut laporan agensi meteorologi dan geofizik.

Bekas pemain ragbi kebangsaan 'Doc Malan' meninggal dunia
Dr Mazlan Ismail, meninggal dunia akibat serangan strok pada pukul 12.58 tengah malam tadi di Pusat Perubatan Universiti Malaya.

SPRM beri jaminan siasatan kes rasuah secara telus - Azam
Setiap tindakan dilakukan agensi itu adalah jelas dan tidak berkompromi selain meminta semua pihak bersabar agar siasatan dapat dilakukan secara terperinci untuk hasil yang lebih baik.

Isa Samad selesai bayar wang jaminan tambahan RM700,000, fail notis rayuan
Bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad selesai membayar wang jaminan tambahan RM700,000 yang diperintahkan Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur.

Tiada bukti Muhammad Zahid berkomplot dengan individu lain, aniaya Isa Samad - Hakim
Hakim Mohd Nazlan berkata tiada keterangan menunjukkan Muhammad Zahid mempunyai motif untuk menyalah guna kedudukan tertuduh bagi meminta suapan daripada Ikhwan untuk dirinya sendiri.

Penjara enam tahun, denda RM15.45 juta, ini kronologi kes rasuah Isa Samad
Mohd Isa dijatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM15.45 jutaa tas sembilan pertuduhan menerima rasuah sebanyak RM3.09 juta.

Kes rasuah Isa Samad: Mahkamah benar tangguhkan pelaksanaan hukuman
Ia setelah mahkamah berpuas hati dengan hujah pemohon sekaligus membenarkan penangguhan bagi kedua-dua hukuman penjara dan denda sehingga selesai rayuan.

Rasuah: Isa Samad dijatuhi hukuman 6 tahun penjara dan denda RM15.45 juta
Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara enam tahun bagi setiap sembilan pertuduhan ke atas Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.

Isa Samad bersalah terima rasuah RM3 juta
Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu dituduh menerima wang berkenaan berkaitan pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites (MPHS) di Kuching, Sarawak.

Kes rasuah RM3 juta: Nasib Isa Samad ditentukan pagi ini
Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu dituduh menerima wang berkenaan berkaitan pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites (MPHS).

Bekas pegawai khas politik Mohd Isa, diberi wang RM2 juta sebagai tanda terima kasih
Muhammad Zahid memaklumkan perkara itu kepadanya sebelum bermulanya mesyuarat bersama pelabur dari Jepun di sebuah hotel di Putrajaya pada 8 Jun 2018.

Mohd Isa dedah perangai bekas pegawai khasnya
Isa berkata Muhammad Zahid seorang yang suka lompat-lompat parti dan mengaitkan orang lain untuk melepaskan tengkuknya.