Orang ramai kini boleh terus mendapatkan maklumat dan panduan pencegahan jenayah lebih mudah dan pantas melalui laman web iSelamat.my, kata Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan.
Jelas Abdul Rahman, projek perintis secara bersama antara Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia (JPDB) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ini menyediakan maklumat hotspot jenayah meliputi 14 kawasan pihak berkuasa tempatan di empat negeri yang ringkas untuk keperluan individu dan komuniti.
"Maklumat-maklumat penting keselamatan seperti nombor telefon Balai Polis dan personel PDRM, pihak berkuasa tempatan, Jawatankuasa Perwakilan Penduduk dan Rukun Tetangga turut disediakan bagi memudahkan perhubungan pantas antara komuniti dan pihak penguasa keselamatan," ujarnya dalam ucapan pelancaran laman web iSelamat.my di sini hari ini.
Teks ucapan beliau dibacakan Timbalannya, Datuk Halimah Sadique yang mewakilinya melancarkan program tersebut.
iSelamat.my mensasarkan orang awam, dimana ia boleh diakses tanpa sebarang syarat melalui komputer, komputer riba, tablet dan telefon pintar.
"Negara-negara maju seperti United Kingdom, Amerika Syarikat, Netherlands dan Australia telah membangunkan laman web seumpama ini.
"Sebagai contoh di United Kingdom, laman web www.police.uk yang dibangunkan pada tahun 2009 bertujuan untuk menyediakan maklumat jenayah kepada orang awam dan memudahkan penduduk berhubung dengan pihak polis di peringkat komuniti," katanya lagi.
iSelamat.my dibangunkan bertujuan untuk perkongsian maklumat rasmi jenayah serta peningkatan keyakinan terhadap maklumat jenayah dan persepsi rasa selamat.
"Selain itu ia juga bertujuan untuk meningkatkan kesedaran terhadap tahap keselamatan komuniti, perancangan langkah pencegahan bersepadu dan peningkatan perhubungan antara komuniti dan pihak penguasa keselamatan," ujarnya lagi.
Buat masa ini, empat negeri yang terlibat adalah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Johor.
Ia akan diperluas kepada 10 negeri dan 18 PBT pada tahun hadapan.
Khairunnisa Kasnoon
Tue Aug 25 2015
iSelamat.my mensasarkan orang awam, dimana ia boleh diakses tanpa sebarang syarat melalui komputer, komputer riba, tablet dan telefon pintar.
Satya Nadella kongsi visi Microsoft dalam pembangunan AI bersama Agenda AWANI
Ketua Pengarang Astro AWANI, Ashwad Ismail berpeluang bertemu CEO Microsoft, Satya Nadella bagi memahami dengan lebih mendalam tentang agenda AI.
Kesan sampingan vaksin: KKM akan dapatkan penjelasan AstraZeneca
Kementerian Kesihatan (KKM) akan mendapatkan penjelasan daripada firma farmaseutikal AstraZeneca berhubung kesan sampingan vaksin COVID-19 seperti yang dilaporkan media antarabangsa baru-baru ini.
FIFA lulus penggunaan VAR di Liga Malaysia - FAM
Penggunaan teknologi Video Bantuan Pengadil (VAR) dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) bermula musim 2024/2025 sudah mendapat pengiktirafan dan kelulusan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
Niaga AWANI: AirAsia Cambodia mula penerbangan domestik pertama
AirAsia menghubungkan Kemboja dengan laluan antarabangsa dari hab Kuala Lumpur dan Bangkok dengan 63 penerbangan setiap minggu.
Niaga AWANI: Bukti Malaysia diiktiraf sebagai hab pilihan Asia Tenggara
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, berkata ini menunjukkan keyakinan Microsoft terhadap Asia Tenggara dan kedudukan strategik Malaysia sebagai pintu masuk untuk pertumbuhan.
Niaga AWANI: Perkhidmatan Skypark Link akan diaktifkan kembali - Anthony Loke
Beliau menjelaskan terminal itu diharap dapat menarik lebih ramai penumpang ke lapangan terbang kerana ia merupakan antara kawasan paling sesak di Lembah Klang.
Niaga AWANI: Pengambilalihan Affin Bank, Sarawak tunggu lampu hijau BNM
Proses pengambil alihan majoriti pegangan saham dalam Affin Bank oleh Kerajaan Sarawak berada di peringkat akhir untuk dimuktamadkan.
Niaga AWANI: Trafik udara berkembang 16.1 peratus pada suku pertama 2024
Trafik penumpang udara domestik serta antarabangsa masing-masing menyumbang 47.5 peratus dan 52.5 peratus daripada jumlah trafik penumpang udara suku tahunan.
ADUN Sungai Bakap semakin stabil - Isteri
Keadaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Bakap Nor Zamri Latiff yang sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Seberang Jaya (HSJ), di sini kini semakin stabil.
Mahkamah Tinggi tolak permohonan Tengku Zafrul fail afidavit
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, untuk kebenaran memfailkan afidavit bagi memperbetulkan fakta didakwa tidak tepat dalam afidavit Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
iSelamat.my salur info jenayah lebih mudah dan pantas
iSelamat.my menyediakan maklumat hotspot jenayah meliputi 14 kawasan pihak berkuasa tempatan di empat negeri.