awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki didenda RM20,000 miliki kad ATM orang lain
CIA henti terbit 'World Factbook' selepas 60 tahun
Tengku Muhammad Fauzi terajui Markas Angkatan Bersama, Zahani dilantik CEO MiDAS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isi borang balik kampung sebelum pulang raya - Polis

Bernama
Bernama
11/06/2018
07:21 MYT
Isi borang balik kampung sebelum pulang raya - Polis
Orang ramai yang hendak pulang ke kampung perlu turut mengambil langkah keselamatan asas. - Gambar hiasan
Orang ramai yang ingin pulang ke kampung bagi menyambut Aidilfitri diingatkan untuk mengisi borang balik kampung supaya memudahkan polis membuat pemantauan di kawasan kediaman mereka.
Ketua Jabatan Pencegahan dan Keselamatan Komuniti Sarawak SAC Shafie Ismail berkata polis akan terus melaksanakan fungsi dan peranannya dalam memastikan keselamatan masyarakat serta kepentingan harta benda awam dan rumah persendirian yang ditinggalkan sentiasa dalam keadaan selamat.
Beliau berkata semua jabatan agensi tersebut di Sarawak digerakkan bagi melaksanakan tugas rondaan pencegahan jenayah, risikan operasi dan pemantauan kawasan kediaman serta premis perniagaan sepanjang tempoh cuti perayaan ini.
"Bagi mencapai objektif Op Selamat ini, polis tidak mampu bertindak sendirian, saya menggesa masyarakat yang merancang meninggalkan kediaman masing-masing hendaklah mengambil langkah keselamatan yang difikirkan perlu...di samping mengisi borang pemakluman balik kampung yang boleh diperoleh di balai polis berdekatan atau dimuat turun daripada portal rasmi polis," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan pelancaran Op Selamat sempena Aidilfitri peringkat Sarawak di sini hari ini, turut hadir Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Supt Alexson Naga Chabu.
Ketika ditemui selepas majlis tersebut, Shafie berkata menerusi kerjasama semua jabatan polis, kes pecah rumah melibatkan geng rantau pada Hari Raya juga diyakini dapat ditangani.
"JSJ (Jabatan Siasatan Jenayah) telah ambil langkah sewajarnya tangani isu ini, kita harap tidak ada lagi dan untuk Op Selamat dalam masa terdekat, tidak ada lagi kes samun melibatkan geng rantau," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Aidilfitri
#hari raya
#keselamatan
#PDRM
#polis
#pulang kampung
#Sarawak
#shafie ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan