awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Islam cara hidup lengkap buat penganutnya - Dr Mahathir

Bernama
Bernama
19/11/2018
21:37 MYT
Islam cara hidup lengkap buat penganutnya - Dr Mahathir
Umat Islam harus bersyukur kerana berpeluang menghayati kesyumulan atau sifat menyeluruh agama Islam. - Gambar hiasan
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW bukan sahaja satu agama tetapi juga merupakan cara hidup yang lengkap untuk umatnya.
Beliau berkata sememangnya umat Islam harus bersyukur kerana berpeluang menghayati kesyumulan atau sifat menyeluruh agama itu.
"Kerana itu, kita memperingati hari kelahiran Nabi Muhammad SAW sebagai penyataan kasih dan sanjungan tinggi kita terhadap Baginda atas perjuangannya dalam menyebarkan syiar Islam," kata Dr Mahathir dalam perutusan sempena sambutan Maulidur Rasul 1440H.
Klip video perutusan perdana menteri itu dipaparkan di laman YouTube, Chedet Official.
Majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan akan diadakan esok di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Mohamad Nordin Ibrahim dalam kenyataan sebelum ini berkata Timbalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim dijangka berangkat menyempurnakan majlis itu yang dijadual turut dihadiri Dr Mahathir serta isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.
Tema sambutan tahun ini ialah 'Menyantuni Umat Membawa Rahmat',
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#agama
#Islam
#Mahathir Mohamad
#Maulidur Rasul
#panduan hidup
#perutusan
#umat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan