awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Islam hanya agama persekutuan, tertakluk kepada Perlembagaan - Mahkamah Rayuan

Astro Awani
Astro Awani
21/01/2015
10:46 MYT
Islam hanya agama persekutuan, tertakluk kepada Perlembagaan - Mahkamah Rayuan
Kedudukan Islam sebagai agama persekutuan dalam Perlembagaan Persekutuan tidak menjadikan agama itu mengatasi semua peruntukan lain. -Gambar fail
Kedudukan Islam sebagai agama persekutuan dalam Perlembagaan Persekutuan tidak menjadikan agama itu mengatasi semua peruntukan lain dalam undang-undang tertinggi negara, putus Mahkamah Rayuan.
Mahkamah Rayuan membuat keputusan itu dalam kes rayuan tiga lelaki yang mencabar larangan memakai pakaian wanita di bawah Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992, yang penghakiman penuhnya dikeluarkan pada 2 Januari lepas.
Hakim Datuk Mohd Hishamudin Yunus yang mengetuai panel tiga hakim berkata kedudukan Islam di negara ini sudah diputuskan oleh Mahkamah Agung (ketika itu) dalam kes Che Omar bin Che Soh v. Public Prosecutor pada 1988.
Dalam kes itu, panel lima hakim yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas (ketika itu) memutuskan bahawa penggubal Perlembagaan Persekutuan telah melalui Artikel 162 mengekalkan undang-undang sekular dan mengehadkan undang-undang Islam yang ditadbir semasa tempoh penjajahan British iaitu setakat hal ehwal perkahwinan, perceraian dan harta pusaka.
"Ringkasnya, Mahkamah Agung berpendirian bahawa adalah menjadi hasrat penggubal Perlembagaan Persekutuan bahawa perkataan 'Islam' dalam Artikel 3(1) diberikan maksud yang terhad," kata Mohd Hishamudin.
Hakim itu seterusnya menarik perhatian kepada Artikel 3(4) yang berbunyi: "Tiada apa-apa dalam Perkara ini mengurangkan kuasa mana-mana peruntukan lain dalam Perlembagaan ini.
"Artikel 3(4) memberi maksud bahawa Artikel 3(1) adalah tertakluk kepada antara lain, peruntukan-peruntukan kebebasan asasi seperti yang termaktub dalam Bahagian II Perlembagaan Persekutuan," kata Mohd Hishamudin.
Mahkamah Rayuan pada 7 November tahun lalu membenarkan semakan kehakiman yang dikemukakan oleh tiga lelaki beragama Islam yang sebelum itu disabitkan atas tuduhan berpakaian wanita mengikut Seksyen 66 enakmen berkenaan.
Sabitan itu membawa hukuman denda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih daripada enam bulan, atau kedua-duanya.
Mahkamah Rayuan dalam keputusannya juga memutuskan peruntukan Seksyen 66 enakmen itu bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan terbatal.
Mahkamah Persekutuan dijadual bersidang dalam masa yang terdekat untuk memutuskan permohonan untuk merayu yang difailkan oleh kerajaan negeri Negeri Sembilan.
Topic Berkaitan
#hakim
#Islam
#mahkamah
#Mohd Hishamudin Yunus
#Perlembagaan
#perlembagan
#rayuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan