Skip to main content

Politik

Rafizi liabiliti, perlu lebih berhemah dalam pendekatan politik - Exco AMK

AMK, Dzul Hilmi Zainol. Kredit: AMK
Dzul Hilmi (foto) berkata, beliau juga tidak teragak-agak untuk bersetuju melabelkan bekas Timbalan Presiden PKR itu sebagai suka mencari perhatian atau ‘attention seeker’. -Gambar fail

KUALA LUMPUR: Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia, Dzul Hilmi Zainol, berpandangan bahawa Datuk Seri Rafizi Ramli kini semakin dilihat sebagai liabiliti dari sudut persepsi awam terhadap kepimpinan dan kestabilan politik negara.

Menurutnya, pendekatan Rafizi yang sering mengkritik secara terbuka — termasuk terhadap rakan dalam kerajaan — berpotensi menimbulkan kekeliruan dalam kalangan rakyat dan penyokong.

Advertisement

“Saya tidak menafikan hak untuk bersuara, namun dalam konteks kerajaan hari ini, disiplin dan kesatuan mesej adalah sangat penting,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Dzul Hilmi menyifatkan gaya politik Ahli Parlimen Pandan itu sebagai cenderung menarik perhatian media atau 'attention seeker', sekali gus memberi gambaran bahawa tindakan tersebut lebih berorientasikan imej peribadi berbanding usaha memperkukuh kestabilan kerajaan.

Beliau dalam pada itu menasihatkan Rafizi supaya lebih berhemah dalam pendekatan politik dan menghargai kepercayaan diberikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Fokus utama ketika ini adalah memperkukuh kesatuan parti dan memastikan kestabilan kerajaan terus terpelihara," katanya.

Sebelum ini, Ahli Majlis Penasihat Perpaduan Negara (MPPN), Profesor Tajuddin Rasdi berkata, Rafizi disifatkan sebagai liabiliti bukan sahaja kepada PH, malah kepada landskap politik negara ketika ini

Mengulas lanjut, Dzul Hilmi berkata walaupun menghormati pandangan Tajuddin, pendekatan kritikan terbuka terhadap kepimpinan, termasuk Perdana Menteri, boleh memberi kesan negatif terhadap keyakinan rakyat.

Menurutnya, kerajaan ketika ini menunjukkan prestasi yang baik dalam memulihkan ekonomi, termasuk mengekalkan subsidi dan memastikan bekalan mencukupi menjelang Aidilfitri meskipun berdepan cabaran global.

Beliau mengingatkan bahawa Pakatan Harapan tidak boleh memasuki Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) dengan naratif yang berpecah, sebaliknya perlu memperkukuh kesatuan parti serta fokus terhadap mandat rakyat.

Must Watch Video