awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lagi gempa bumi di Indonesia, berukuran 5.9 magnitud di kepulauan Tanimbar
Ajaran sesat: Kerajaan tidak ambil ringan, dapatkan laporan dari negeri - Marhamah
Anwar tegas pembinaan kuil mesti ikut peraturan, sama seperti masjid dan gereja
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'ISMA digesa berhenti putar belit fakta sejarah kaum Cina' - MCA

Aizat Sharif
Aizat Sharif
09/05/2014
08:50 MYT
'ISMA digesa berhenti putar belit fakta sejarah kaum Cina' - MCA
ISMA digesa berhenti daripada buat kenyataan berbaur perkauman
Parti MCA menggesa Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Abdullah Zaik Abd Rahman supaya berhenti daripada berterusan mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman dengan memutarbelit fakta sejarah.
Ini kerana tindakan kebudak-budakan itu hanya akan membawa negara menjadi satu bahan jenaka kepada semua pihak.
Pengerusi Biro Publisiti MCA, Datuk Chai Kim Sen berkata kenyataan yang dibuat ISMA itu telah meletakkan negara sebagai bahan jenaka di mata dunia kerana terperangkap dengan mainan-mainan perkauman seperti ini walaupun negara telah lama mencapai kemerdekaan.
“Dari masa ke semasa, kita boleh lihat bagaimana ektremis kaum ini dengan sengaja menimbulkan sentimen perkauman seperti memanggil komuniti Cina sebagai ‘pendatang’. Malah ianya diburukkan dengan kenyataan yang menyuruh bangsa ini supaya ‘kembali ke China’,” kata Chai melalui kenyataan medianya kepada Astro AWANI.
Beliau mempersoalkan perlakuan begini sebagai satu perkara yang mengarut dan tidak sensitif dan siapakah pihak ini yang hendak mempersoalkan kewarganegaraan sah kaum Cina di negara ini.
“ISMA mempunyai pengetahuan yang kosong terhadap segala sumbangan kaum Cina dalam pembangunan negara ini dan mereka secara membabi buta menolak perjuangan bersama kaum Melayu, Cina dan India dalam memerdekakan negara ini dan mereka itu sebagai rakyat Malaysia sepatutnya berasa malu terhadap tindakan mereka dan saya tertanya ‘sejarah’ yang manakah yang dirujuk oleh ISMA ,”.
Tindakan ISMA ini juga dilihat telah menjejaskan usaha negara dalam mempromosikan kepelbagaian agama, budaya dan masyarakat di negara ini.
Pada Selasa, dalam sebuah kenyataannya, Abdullah Zaik berkata orang Cina yang datang ke Tanah Melayu adalah "penceroboh" dan mempersoalkan kerakyatan dan kekayaan yang diberikan kepada mereka tetapi tidak menyatakan bagaimana ia bercadang untuk membetulkan yang dikatakan salah ini.
"Siapa yang memberikan mereka kewarganegaraan dan kekayaan sehingga keputusan menceroboh mereka dilindungi sehingga hari ini?
"Ini semua perlakuan British, yang berada dalam kumpulan yang sama dengan kaum Cina untuk menindas dan membuli orang Melayu," katanya dalam satu kenyataan, seperti yang dilaporkan di laman web kumpulan itu.
Abdullah Zaik berkata, ini adalah satu kesilapan yang terpaksa diperbetulkan tetapi beliau tidak mengatakan bagaimana.
"Tiada siapa yang mempunyai hak untuk menggadaikan kedaulatan Islam dan Melayu di atas tanah ini," katanya.
Topic Berkaitan
#Cina
#ISMA
#perkauman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan