KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan mengesahkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob adalah calon tunggal Perdana Menteri daripada Barisan Nasional (BN).
Perkara itu disahkan Ahli Parlimen Pontian itu menerusi ciapan di laman Twitter sebentar tadi.
“Berpadu bersama Presiden #UMNO DS @DrZahidHamidi, Timbalan DSU @tokmatn9, Penasihat #BN DS @NajibRazak & Ahli2 MKT UMNO.
“Dihantar hanya satu nama sbg calon #PerdanaMenteri oleh #AhliParlimen UMNO/BN pada 17/8/21 iaitu DS @IsmailSabri60 MP #Bera. Moga Allah SWT memberkati usaha kami,” katanya.
Astro AWANI sebelum ini, melaporkan beberapa Ahli Parlimen BN, memberitahu parti itu akan mencalonkan Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera sebagai Perdana Menteri seterusnya.
Mereka berkata, Ahli Parlimen Bera itu merupakan calon yang bersih, tidak mempunyai kontroversi, serta boleh diterima rakyat.
Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said ketika ditemui media berkata, Ismail Sabri merupakan calon yang layak untuk memegang jawatan tersebut.
“Secara teknikalnya, beliau merupakan bekas Timbalan Perdana Menteri, dan merupakan Naib Presiden UMNO. He should be next in line,” katanya selepas selesai menghadiri mesyuarat Ahli-ahli Parlimen BN di Menara Dato Onn di sini, malam ini.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Pembentukan kerajaan baharu, siapa PM ke-9?
BACA: Semua Ahli Parlimen diarah serah surat akuan calon PM kepada Agong sebelum 4 petang esok
BACA SEMUA BERHUBUNG POLITIK MALAYSIA DI SINI
Sumber memaklumkan kepada Astro AWANI, Ismail Sabri telah memperoleh sebanyak 41 akuan berkanun (SD) daripada Ahli-ahli Parlimen UMNO dan BN, dengan hanya Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah yang tidak menandatangani SD tersebut.
Selain itu, Ismail Sabri dijangka akan memperoleh sokongan keseluruhan sebanyak 114 Ahli Parlimen, melebihi majoriti yang diperlukan dalam Dewan Rakyat.
Selain itu, Astro AWANI difahamkan, terdapat sebilangan Ahli-ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak yang turut menyokong Ismail Sabri untuk menjadi Perdana Menteri seterusnya.
Pada Isnin, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah memperkenan peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri, serta semua Jemaah Menteri berkuat kuasa serta-merta.
Susulan peletakan jawatan itu itu, Baginda memberi perkenan agar Muhyiddin menjadi Perdana Menteri sementara sebelum Perdana Menteri Baharu dilantik.
Kerajaan Perikatan Nasional (PN) di bawah pentadbiran Muhyiddin tumbang selepas 15 ahli UMNO menarik sokongan terhadap Kerajaan PN.
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Sembrong Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, beliau berharap keputusan yang dicapai malam ini dapat menghentikan segala kemelut politik yang melanda, di saat negara dilanda pandemik COVID-19 dan krisis ekonomi yang berlarutan.
“Cukup-cukuplah berpolitik. Kita ada banyak kerja nak dilakukan,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Tue Aug 17 2021
Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera disifatkan sebagai calon yang bersih, tidak mempunyai kontroversi, serta boleh diterima rakyat. - Gambar fail
KL20: MYStartup platform boosts Malaysia’s startup ecosystem
KL20: Shariah-compliant startup revolution
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
AWANI Ringkas: Mangsa nahas helikopter dikebumi hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Terengganu mampu tanggung 50 peratus hutang PTPTN rakyat
Perkara itu boleh dilaksanakan sebagaimana dilakukan kerajaan Sarawak bagi memberi suntikan dan galakan kepada golongan pelajar.
Buruh ladang warga Indonesia maut dipanah petir
Mangsa dikenali sebagai Kamarudin,40, berasal dari Montong Berore, Mataram, Lombok disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
OpenAcademy: How microlearning transforms Malaysia's work landscape?
OpenAcademy, a Malaysian ed-tech startup, directly addresses the critical need for workforce upskilling in Malaysia. Their user-friendly mobile platform delivers microlearning modules focused on practical, industry-relevant digital skills. This empowers Malaysians at all career stages to enhance their skill sets and remain competitive in the evolving digital landscape.
The future of Malaysia's semiconductor industry
The Investment, Trade and Industry Ministry (MITI) will draw up a comprehensive strategic semiconductor plan to ensure that malaysia remains the chosen investment destination for this strategic industry. What role does Malaysia currently play in the global semiconductor supply chain, and how do you see this evolving in the coming years?
Mesyuarat PAC: Teliti projek penyelidikan, isu industri sawit negara
MPOB komited untuk menangani isu-isu industri dengan berkesan di samping memperhebat usaha penyelidikan dan pembangunan.
Bantahan perang di Gaza meningkat di universiti, kolej AS
Penunjuk perasaan mendesak agar dihentikan korban awam di Gaza yang kini mencecah lebih 34,000.
PRK Pelangai: Siapa pun calon, dia wakili parti - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, tidak sepatutnya timbul isu berhubung siapa yang dipilih bertanding kerana pada akhirnya, calon itu akan tetap membawa nama dan imej parti.
Pinda Akta DBP, beri kuasa ambil tindakan salah guna bahasa Melayu - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, perkara itu merupakan sebahagian daripada usaha semasa pentadbirannya, namun tidak sempat dilaksanakan disebabkan pertukaran Kerajaan.
Tidak bersara, Ismail Sabri akan terus aktif politik walaupun bukan lagi Naib Presiden
Ismail Sabri berkata beliau juga akan kekal menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua UMNO Bahagian Bera selepas menang tanpa bertanding.
Kerajaan 'caretaker' bersidang seperti biasa, bentang bajet mini untuk gaji penjawat awam
Kerajaan semasa akan kekal sebagai kerajaan caretaker sekiranya tiada mana-mana parti membentuk kerajaan dalam masa terdekat ini.
Pasca PRU15: 'BN tak sokong mana-mana gabungan bentuk kerajaan' - Ismail Sabri
Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) telah membuat keputusan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.
PRU15: Ismail Sabri tiba di Istana Negara
Tujuan sesi menghadap antara Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong berkenaan masih menjadi tanda tanya.
MH17: Malaysia berpuas hati dan sokong keputusan Mahkamah The Hague - PM
Malaysia sentiasa berpendirian bahawa perbicaraan yang dijalankan mesti berlandaskan kebenaran, keadilan dan tanggungjawab.
PRU15: 'Deklarasi Profesor Melayu G70 sokong Anwar' tidak wakili MPN - Ismail Sabri
Perkara itu dimaklumkan Presiden MPN sendiri, Profesor Datuk Dr Raduan Che Rose ketika dihubunginya pada Rabu.
Banjir: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri seluruh negara telah diaktifkan - PM
Ismail Sabri berkata, fokus gerak kerja di peringkat negeri dan daerah telah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
PRU15: 'Saya masih calon PM untuk BN, tiada perubahan' - Ismail Sabri
Jelas Ismail Sabri, tiada perubahan mengenai keputusan yang telah dibuat BN sebelum ini.