KUALA LUMPUR: Semua anggota Dewan Rakyat diarahkan supaya menghantar surat akuan kepada Istana Negara dan menamakan calon pilihan untuk dilantik sebagai Perdana Menteri yang ke-9.
Ahli-ahli Parlimen diberi masa selewat-lewatnya sehingga pukul 4 petang esok (18 Ogos) untuk mengemukakan surat akuan secara bertulis.
Surat akuan itu mesti disahkan sebagai benar.
Arahan berkenaan dikeluarkan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun kepada semua Ahli Parlimen di atas titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
Surat akuan itu juga perlu melengkapkan butiran yang disenaraikan antaranya meletakkan hanya satu calon Perdana Menteri sahaja, tanda tangan anggota Dewan Rakyat, cop rasmi saksi dan tarikh surat akuan.
Ahli-ahli Dewan Rakyat juga diminta untuk menjaga kerahsiaan surat akuan berkenaan sehingga satu keputusan diputuskan oleh Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong.
"Adalah dimaklumkan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di dalam melaksanakan budi bicara baginda di bawah Perkara 43(2) (a) Perlembagaan Persekutuan perlu melantik seorang ahli Dewan Rakyat yang di dalam hemat baginda mempunyai kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri.
"Pada pelaksanaan titah perintah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, saya dengan ini memberi notis kepada Yang Berhormat untuk menyerahkan satu surat akuan yang menyatakan dengan terang dan jelas seorang ahli Dewan Rakyat yang diberikan kepercayaan oleh yang berhormat untuk menjadi Perdana Menteri yang kesembilan," kata Azhar dalam notis yang dikeluarkan.
Dalam notis yang dikeluarkan hari ini, Azhar turut memaklumkan, sekalipun surat akuan tersebut tidak mempunyai format yang tertentu, namun ia perlu mempunyai butiran-butiran berikut:
* Identifikasi Yang Berhormat secukupnya.
* Identifikasi yang secukupnya seorang sahaja ahli Dewan Rakyat yang yang diberikan kepercayaan, penyataan kepercayaan oleh Yang Berhormat.
* Pernyataan yang terang, jelas dan tanpa syarat.
* Tandatangan Yang Berhormat.
* Tandatangan atau cop rasmi saksi (sama ada seorang Peguambela dan Peguamcara, Pesuruhjaya Sumpah, Notari Awam atau jawatan yang setanding bagi Yang Berhormat yang berada di luar negara.
* Tarikh surat akuan.
Menurut Azhar juga, serahan surat akuan melalui tangan juga tidak dibenarkan memandangkan Istana Negara masih berada di dalam kawasan Pelan Pemulihan Negara Fasa 1 dan juga untuk mengelakkan penularan COVID-19.
[LAPOR LANGSUNG] Pembentukan kerajaaan baharu, siapa bakal Perdana Menteri?
Senarai calon Perdana Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong adalah bagi menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meletakkan jawatan pada Isnin.
Muhyiddin meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri selepas mendapat perkenan daripada Al-Sultan Abdullah ketika menghadap baginda di Istana Negara pada Isnin.
Tindakan itu diambil selepas 15 Ahli Parlimen UMNO menarik sokongan terhadapnya sebagai Perdana Menteri dan kerajaan Perikatan Nasional.
Beliau yang juga Presiden Bersatu dilantik sebagai Perdana Menteri pada 29 Februari 2020 ekoran krisis politik selepas keruntuhan kerajaan Pakatan Harapan.
Susulan peletakan jawatan itu, Yang di-Pertuan Agong berkenan supaya Muhyiddin menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri Caretaker sehingga Perdana Menteri baharu dilantik.
BACA: Ini curahan hati Muhyiddin, akhiri perjalanan di Perdana Putra
BACA: Sebagai Perdana Menteri Caretaker, peranan Muhyiddin berbeza, kuasa juga sangat terbatas
Azyyati Ahmad
Tue Aug 17 2021
Semua anggota Dewan Rakyat diarahkan supaya menghantar surat akuan kepada Istana Negara dan menamakan calon pilihan untuk dilantik sebagai Perdana Menteri yang ke-9. - fotoBERNAMA
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Tidak ambil gaji dan elaun, bukti komitmen Ramanan demi warga Sungai Buloh
Ramanan menjadi tumpuan umum selepas menyingkirkan Khairy Jamaluddin di Parlimen Sungai Buloh dalam pertarungan yang dianggap cukup sengit.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
Speaker ada 21 hari isytihar kekosongan kerusi selepas terima notis - Azhar
Tempoh 21 hari itu bermula apabila Speker menerima notis berhubung pengguguran keahlian parti terhadap mana-mana Ahli Parlimen.
Johari Abdul dari kerusi Parlimen ke Speaker
Johari bukan sahaja berpengalaman dalam bidang politik tetapi juga mahir dalam selok-belok pentadbiran kerajaan.
Wan Junaidi nafi isi jawatan Speaker Dewan Rakyat
Wan Junaidi menafikan dirinya akan dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat bagi menggantikan Tan Sri Azhar Azizan Harun.
Azhar sah kosongkan kerusi Speaker
Setiausaha Dewan Rakyat akan terlebih dahulu memanggil Ahli Parlimen untuk bersidang sebelum proses pemilihan Speaker baharu dibuat.
PRU15: Ketua parti diminta serah SD sokong calon Perdana Menteri - Azhar
Dokumen tersebut perlu diserahkan ke Istana Negara selewat-lewatnya esok (21 November) sebelum pukul 2 petang.
Saya pernah dipanggil 'barua', tapi saya tak ambil secara peribadi - Azhar Harun
Pengalaman tiga dekad sebagai peguam memudahkan beliau menggalas tugas sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Azhar tidak hasrat tanding PRU15
Penyandang Speaker Dewan Rakyat menegaskan, tidak mempunyai apa-apa kepentingan politik.
Persidangan Dewan Rakyat batal selaras pembubaran parlimen - Azhar Azizan
Persidangan Dewan Rakyat bagi Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen Ke-14 yang sebelum ini dijadual bersidang selama 32 hari, dibatalkan selaras dengan pembubaran Parlimen.
Speaker Parlimen Turkiye lakukan kunjungan hormat ke Parlimen
Speaker Parlimen Turkiye Prof Dr Mustafa Sentop mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Azhar Azizan Harun.
Laporan Parlimen perlu lebih adil, tepat, elak disensasi - Azhar Azizan
Media perlu lebih memahami peraturan dan perjalanan persidangan Parlimen bagi membolehkan laporan dibuat secara lebih menyeluruh sekali gus menyampaikan mesej yang tepat kepada masyarakat.