awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ismail Sabri harap lebih banyak kursi pengajian Melayu ditubuh

Bernama
Bernama
25/09/2023
12:20 MYT
Ismail Sabri harap lebih banyak kursi pengajian Melayu ditubuh
Menurut Ismail Sabri, kursi itu adalah yang pertama di institut pengajian tinggi di Thailand, khusus untuk pengajian dan penyelidikan ketamadunan Melayu dan Bahasa Melayu. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap lebih banyak kursi pengajian Melayu ditubuhkan di universiti serantau dan peringkat global dalam memartabatkan Bahasa Melayu.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai penubuhan Kursi Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob oleh Thai Global Business Administration Technological College (TGBC) bagi memperkasakan Bahasa Melayu di Thailand.
Menurut Ismail Sabri, kursi itu adalah yang pertama di institut pengajian tinggi di Thailand, khusus untuk pengajian dan penyelidikan ketamadunan Melayu dan Bahasa Melayu.
"Ini merupakan satu langkah yang mampu memberi impak besar kepada hasrat untuk memartabatkan Bahasa Melayu di peringkat ASEAN dan antarabangsa. TGBC dan Rajamangala University Of Technology (RMUTT) Thailand akan berfungsi sebagai hab pendidikan untuk memperluas jaringan Pengajian Melayu dan Ketamadunan di Thailand.
"Sememangnya memang impian kita bersama untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa antarabangsa, sekurang-kurangnya di peringkat ASEAN," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#TGBC
#Pengajian Melayu
#Bahasa Antarabangsa
#hab pendidikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan