Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengisytiharkan 2014 sebagai tahun 'perang jihad' terhadap penguasaan orang tengah yang selama ini mengaut keuntungan daripada hasil titik peluh nelayan.
Beliau berkata langkah itu untuk mengelakkan lebih 60,000 nelayan di negara ini terus tertindas dan ia akan dilaksanakan menerusi strategi penguasaan rantaian nilai oleh persatuan nelayan sendiri.
"Ini perang jihad, bermakna ia satu perkara serius. Jika masalah ini tidak diselesaikan, selagi itulah nelayan akan terus dalam hidup dalam kemiskinan. Soal kemiskinan dan nelayan tidak pernah berubah daripada segi persepsi dan realitinya, dari zaman dulu sampai sekarang.
"Miskin, miskin, dan tertindas. Sedangkan orang tengah mereka tidak ke laut, tetapi kaut untung. Produk milik kita (nelayan) tetapi mereka pula tentukan harga. Jadi ini perlu berubah," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) kali ke-28 di sini Isnin malam yang turut dihadiri timbalannya Datuk Tajuddin Abdul Rahman. Turut hadir Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Irmohizam Ibrahim dan Pengerusi Nekmat Mohamad Dolmat.
Beliau menjelaskan, menerusi penguasaan rantaian nilai itu, persatuan nelayan kawasan, negeri dan Nekmat akan memain peranan bermula daripada penyediaan air batu, kedai runcit, kerja membaiki bot sehinggalah pasaran ikan.
"Cukuplah beli air batu daripada orang lain, kalau nak baiki bot kita wujudkan bengkel sendiri. Saya mahu LKIM latih anak-anak nelayan menjadi mekanik supaya bot-bot nelayan kita dibaiki oleh mereka bukan orang lain," katanya.
Selain itu, katanya kementerian juga akan mewujudkan tiga mekanisme pasaran ikan untuk memastikan nelayan dapat menjual terus ikan kepada kepada pembeli.
Ini termasuk membina 100 buah pasar nelayan di kawasan pendaratan ikan di seluruh negara dan mewujudkan pasar borong dengan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama), katanya
Beliau berkata Nekmat dan LKIM juga akan membeli tujuh jenis ikan rakyat antaranya selar, kembung, selayang dan pelaling secara terus daripada nelayan untuk disejuk beku sebelum dipasarkan ke pasaraya besar di negara ini.
"Semua ini akan dikuasai oleh persatuan nelayan dan jika ia dapat dijayakan, maka tiada lagi penguasaan orang tengah di negara ini," katanya.
Bernama
Tue Sep 03 2013


Pelancong hilang: SAR di Gunung Jasar temukan kesan tapak kaki kemungkinan jejak mangsa
Mangsa telah mendaftar masuk ke Hikers Sleep Port Guest House, Tanah Rata pada 19 Sept dan sepatutnya mendaftar keluar pada 24 Sept.

Tidak isytihar kandungan gluten: Singapura panggil balik produk dari Malaysia
Memandangkan gluten boleh cetuskan alahan, SFA telah mengarahkan pengimport, Taste Original Pte Ltd, supaya menarik balik produk berkenaan.
AWANI Ringkas: Sukan Asia - Ekuestrian
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Polis tahan pengutip sampah serang pemandu lori dengan parang
Polis menahan seorang lelaki di Taman Setapak Jaya yang disyaki menyerang seorang pemandu lori dengan menggunakan objek tajam di Pandan Perdana dua hari lepas.
AWANI 7:45 [28/09/2023] - Qabil rangkul emas | Yakin tiada kenaikan harga barang | Jamin beras putih cukup | Laksanakan pelan komprehensif
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Luqman Hariz;
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
1. Malaysia cipta sejarah, raih emas pertama ekuestrian di Sukan Asia
2. Banjir di Kedah memburuk
3. Paynet perjelas, caj transaksi duitnow QR hanya untuk RM5 ribu ke atas
4. Isu Beras, Bernas beri jaminan bekalan beras putih cukup
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
1. Malaysia cipta sejarah, raih emas pertama ekuestrian di Sukan Asia
2. Banjir di Kedah memburuk
3. Paynet perjelas, caj transaksi duitnow QR hanya untuk RM5 ribu ke atas
4. Isu Beras, Bernas beri jaminan bekalan beras putih cukup
#AWANInews

PM Thailand derma gaji, elaun kepada badan kebajikan
Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin akan menyumbang gaji dan elaun bulanan sepanjang menerajui perntadbiran negara kepada pelbagai badan amal dan yayasan untuk membantu mereka yang memerlukan.

Sindiket seludup makan sejuk beku lebih RM2 juta tumpas di Sandakan
WCB/PSK JKDNKA PDRM, PGA Sabah dan JPVS, menumpaskan sindiket penyeludupan barangan makanan sejuk beku dari loji yang tidak diiktiraf, yang dianggarkan bernilai RM2,722,604 di sini malam tadi.
China lancar kereta api berkelajuan tinggi merentas laut pertama
China melancarkan landasan kereta api berkelajuan tinggi pertamanya yang akan merentasi beberapa teluk serta menyusuri sepanjang pantai wilayah tenggara Fujian berhampiran Selat Taiwan, lapor media kerajaan hari ini.
Malaysia cipta sejarah rangkul emas acara ekuestrian
Malaysia cipta sejarah apabila rangkul emas kali pertama bagi acara ekuestrian.
Terus bersama Wartawan Astro ARENA, Zulhelmi Zainal Azam.
Terus bersama Wartawan Astro ARENA, Zulhelmi Zainal Azam.
Skuad skuasy wanita bertemu Korea Selatan di separuh akhir
Pasukan skuasy wanita negara, yang menamatkan saingan peringkat kumpulan tanpa kalah, akan berdepan Korea Selatan dalam separuh akhir acara berpasukan esok.

Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia pupuk budaya hidup sihat
Program bertemakan Keluarga Sihat Sejahtera Sepanjang Hayat itu dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Dataran Seri Jempol.

Ismail Sabri ucap tahniah kepada Liz Truss
Ismail Sabri berharap dapat bekerjasama rapat dengan Truss dalam memperkukuhkan hubungan dua negara demi manfaat rakyat.

RUU larang Ahli Parlimen bertukar parti dapat sokongan MP Kerajaan
RUU itu telah melalui proses perbahasan dan perbincangan yang mendalam daripada ahli Dewan Rakyat yang menganggotai Jawatankuasa Pilihan Khas.

Lawatan PM ke Turki buka ruang lebih banyak pelaburan, kerjasama isu umat Islam
Lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke Turki minggu depan pasti akan membuka lebih banyak ruang kerjasama.

Dermasiswa B40 mampu tarik minat ibu bapa galakkan anak memilih TVET
Penggiat TVET tidak boleh bersikap 'rendah diri' selepas ini dan sudah tiba masanya mereka perlu menjadi ejen perubahan kepada masyarakat.

HAWANA 2022: "Kerajaan tidak pernah halang media siar sebarang laporan berita" - PM
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengakui bahawa profesion kewartawanan harus kekal bebas dan berfungsi tanpa gangguan dan campur tangan pihak lain.

Amerika Syarikat perlu bersikap jujur selesai isu Palestin - PM
Malaysia mahu AS bertindak cepat seperti yang berlaku dalam krisis pencerobohan Rusia ke atas Ukraine sejak Februari lalu.

PM wakili Keluarga Malaysia ucap takziah atas pemergian Ali Hamsa
Dalam satu kenyataan, Ismail Sabri turut mendoakan agar keluarga Allahyarham sabar dan tabah menghadapi dugaan ini.

Penamaan Ismail Sabri sebagai calon cerminan solidariti UMNO - Bung Moktar
Katanya, solidariti ini menunjukkan bahawa pemimpin UMNO lebih mengutamakan kepentingan negara dari dari kepentingan peribadi.

Ekspo Dubai 2020: Nilai perdagangan, pelaburan Malaysia cecah RM70 bilion - Perdana Menteri
Perdana Menteri berkata, nilai tersebut diperolehi melalui 131 Memorandum Persefahaman atau Perjanjian Perkongsian, serta padanan perniagaan.